Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Panggang – Terima kasih masih sudi berkunjung ke dapur maya ini, yang telah bercuti beberapa hari lamanya. Tuan dapur balik kampung menziarahi keluarga, menziarahi pusara kakanda kami yang dikasihi. Walaupun tidak sempat menatapnya buat kali terakhir, namun doa dan kasih sayang ini mudah-mudahan disampaikan oleh-Nya kepada arwah… in shaa Allah.

Kalau diikutkan hati, memang nak tidur sepanjang hari ini, maklum letih seharian mengharung jalan darat dan udara sehingga ke malam. Fardhan pula sebaik sahaja nampak kelibat saya menghampiri pintu keluar lapangan terbang, terus meluru sambil memanggil-manggil. Oh! Rindunya… dan sepanjang dua jam perjalanan dari lapangan terbang ke rumah, Fardhan tak mahu lepas dari pangkuan. Bangun pagi, asyik minta didukung. Tak bolehlah Mommy buat apa-apa ye sayang. Bila puas dipujuk, barulah dia mahu bermain dengan abangnya Fizi, dan dapatlah saya menyelinap sebentar ke dapur.

Fizi entah berapa kali bertanya sejak malam tadi, dalam kereta pun asyik bertanya: Esok Mommy masak tak? Kesiannya anakku… rindu air tangan Mommy rupanya. Okeylah mari kita selongkar dapur yang sudah lebih 3 hari ditinggalkan. Kita carilah apa bahan yang ada, yang boleh diolah untuk hidangan anak-anak.

Ada sebungkus ikan tenggiri dalam peti sejuk, yang sudah dipotong berkeping-keping lengkap ada kepala sampai ke ekor. Eloklah ambil beberapa keping isinya, kita panggang untuk hidangan tengahari. Ikan tenggiri kalau dimasak panggang macam ni sememangnya kegemaran anak-anak saya. Makan bersama sambal cili. Aduuuh!! Sedapnyaaa. Nak masaknya pun mudah. Saya pasti ramai yang sudah tahu cara nak panggang ikan tenggiri kan. Tapi saya kongsi jugalah resepi campak-campak ni buat rujukan dikemudian nanti ya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan tenggiri saiz sederhana besar- dibersihkan dan dikelar
  • Bawang putih – diparut
  • Halia – diparut
  • 1 sudu jus lemon
  • 1/2 sudu lada hitam kisar
  • 2 sudu teh minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  • Campurkan garam, parutan bawang putih, parutan halia dan minyak zaitun ke dalam mangkuk yang sesuai. Gaul rata.
  • Sapukan pada bahagian perut dan pada keseluruh ikan hingga rata.
  • Taburkan lada hitam kisar pada keseluruhan ikan. Perap ikan selama 30 minit.
  • Panggang ikan sehingga ianya masak.
  • Hidang bersama sambal cili kegemaran anda.

Faedah lain ikan tenggiri:

  1. Penurunan kemurungan, berdasarkan kajian yang dijalankan, ikan tenggiri ternyata berupaya mengurangkan kemurungan jika dimakan secara kerap.
  2. Menyembuhkan eczema atau penyakit kulit seperti koreng, kudis, gatal-gatal festering dan sebagainya. Memanfaatkan sirip tenggiri. Kemudian air boleh rebus minum dan untuk mengurangkan bau penyakit kulit, ia boleh rebus tenggiri bersama-sama dengan daun sirih.
  3. Merawat kelemumur, dengan duri ikan tenggiri direbus sehingga kering dan kemudian dibakar menjadi hitam dan ditapis. Serbuk dan kemudian dicampur Aloe Vera atau minyak kelapa dan disapu ke kulit kepala selama 2 jam. Selepas itu, baru dikeramasi dan lakukan sehingga kelemumur itu adalah benar-benar hilang.
  4. Merawat sciatic kaki, kerana kandungan bahan di dalam pelepasan daging yang ada di sekitar gills itu. Hanya rebus dan dimakan kedua-duanya bersama-sama secara tetap sehingga air rebusan tersebut dikurangkan.
  5. Mengekalkan kesihatan pencernaan, penggunaan ikan tenggiri kepala mampu mencukpi Tiroid dan keperluan gelatinnya boleh menjaga kesihatan penghadaman anda.
  6. Menyembuhkan gangguan saluran kencing, diperolehi daripada ikan tenggiri yang masih utuh dan mentah. Tetapi ikan tenggiri, hati hanya boleh digunakan oleh orang-orang umur 20-45 tahun.
  7. Mengurangkan penyakit kanser, apabila dimakan selalu dipercayai untuk mencegah kanser mulut, esofagus, kolon, prostat dan ovari.

Mudah-mudahan apa yang saya telah berkongsi boleh memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba resepi di rumah masing-masing. Semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Incoming search terms:

Resepi Ikan Tenggiri Panggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *