Assalamu’alaikum..

Hari ni masak yang mudah dan ringkas aje. Resepi masam manis saya kali ni, saya menggunakan ikan tenggiri. Ok la kali ni saya nak kongsi Resepi Ikan Tenggiri Masam Manis favorite kami sekeluarga terutama anak-anak saya tu kalau masak menu ni memang bertambah la mereka makan nasi hihihi… Saya pun suka masak menu ni sebab mudah nak disediakan semua bahan pakai masuk je dan kalau terkurang bahan boleh ditambah ikut selera sendiri je.

Ikan dalam lauk masam manis ni biasanya suami saya yang tukang habiskan. Suami saya memang sangat suka makan ikan berbanding ayam dan daging. Ok, cerita pasal lauk saya ni.. sebenarnya tak cukup lengkap bahannya. Saya masak yang mudah aje dan mengikut apa bahan yang ada di rumah aje. Sila layari juga channel youtube-nya klik di SINI.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri anggaran berat 1kg – dipotong kepada kepingan kecil
  • 1 biji bawang besar – dipotong membulat
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 biji cili capsicum merah/kuning – dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung – untuk pekatkan kuah

Bahan Untuk Sos:

  • 2 biji tomato saiz sedang – masak ranum – dipotong kecil-kecil
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos sotong-nampla Sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
  • 1/2 cawan air – kalau kurang tambah la lagi
  • Garam dan gula secukup rasa

Nota: Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi. Resepi ni boleh diubah suai ikut pasa selera sendiri. Bila kurang masin baru ditambah garam.

Cara-cara Memasak:

  • Bersihkan semua ikan dan ditos, gaul ikan dengan garam dan kunyit.
  • Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry kemudian goreng semua isi ikan sehingga masak serta sedikit garing. Angkat ikan dan tos kemudian susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia, kacau serta biar sampai bawang layu. Masukkan cili capsicum dan buah tomato serta kacau sekejap.
  • Masukkan semua air , semua sos dan kacau bagi semua bahan mesra. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah tadi dan kacau pelahan sampai kuah jadi pekat.
  • Bila kuah dah mendidih dan masak tuang semua kuah ni ke atas ikan yang sudah digoreng tadi, dah pun siap menu ni.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi Ikan Tenggiri Masam Manis ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Siakap Kukus/Stim Ringkas yang Paling Sedap

Resepi Ikan Tenggiri Masam Manis Favourite Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *