Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Masak Hijau – Selamat sore semua… Alamakk..!! Lewat sikit masuk ‘dapur’ hari ni, ralit dok mengadap ‘mukabuku’ tadi. haha… Tu sebab yang malas nak mengadap ‘mukabuku’ tu.. bila dah start mengadap mesti ralit kejap.. hmm..

Tapi takpelah.. berbaloi juga sebab dapat ‘jumpa’ dengan classmate zaman sekolah rendah… seronoknyer… semoga pertemuan ini akan merapatkan semula hubungan yang terputus dahulu hampir 7 tahun berlalu. Tapi alhamdulillah.. walaupun ingat-ingat lupa wajah masing-masing. hehee…

Oklah, hari ni nak update resepi feberet kami sekeluarga, resepi sempoi jer tapi menyelerakan. Boleh memecahkan lemak-lemak yang ada sebab pedasnya tu. hehe.. Tapi untuk 2 orang budak kecik yang belum berjinak-jinak dengan pedas tu memang kena masak lauk lainlah untuk deme tu. hehe…

Ni resepinya ikut my style, resepi asal diajar oleh cik abang sebenornya. Kalau idak sebelum kawin dulu aku mana biasa makan pedas-pedas ni. Selain masak dengan ikan, ayam pun boleh gak masak gini. Berpeluh-peluh la sapa yang mengadap lauk ni yer, itupun untuk mereka-mereka yang berani sajalah. hehe..

Intai resepi jom!

Artikel Lain:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan tenggiri -di potong, bersihkan dan toskan
  • 3 biji bawang merah* (saya guna 1 biji bawang besar)
  • 1/2 inci halia*
  • 4 tangkai cili merah*
  • 4 tangkai cili padi merah* (saya guna 10biji cili padi hijau)
  • Sedikit belacan *(* di tumbuk/di kisar halus)
  • 1 tangkai daun kari (saya tak letak sebab tak de stok)
  • 3 batang cili hijau – di potong serong
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam garam dan sedikit gula
  • 1 cawan air atau lebih
  • 2 biji limau kasturi – ambil jusnya je (saya guna air asam jawa)

Cara-cara:

  • Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  • Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
  • Kisar atau tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga terbit minyak.
  • Masukkan sedikit air.
  • Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yang di potong serong.
  • Masukkan ikan yang telah di goreng tadi, dan gaul sebati.
  • Masukkan garam dan sedikit gula.
  • Masukkan perahan jus limau kasturi. Biarkan hingga mendidih, perasakan.
  • Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

Ikan Tenggiri manfaat kesihatan:

Ikan tenggiri lama dipercayai amat bermanfaat untuk kesihatan badan. Dan faedah yang diberikan oleh ikan yang sudah terbukti. Bagi anda yang telah lama membuat ikan sebagai hidangan sampingan untuk melengkapkan kembung makan nasi kemudian ikut tabiat sihat. Seterusnya mengkaji mengenai kelebihan ikan tenggiri untuk kesihatan badan: mengatasi kemurungan, mencegah kanser, meningkatkan kecerdasan, menjadi sehat penghadaman, merendahkan paras kolesterol, membantu mengekalkan kesihatan mata, mengurangkan tekanan darah tinggi.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

Resepi Ikan Tenggiri Masak Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *