Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang Sangat Sedap – Allah bagi keampunan pada umat Nabi Muhammad SAW dengan bertaubat. Syariat sebelum Nabi Muhammad kena bunuh diri baru diampun. Ingatkan lah kebaikan Allah pada kita, pasti akan mengalir air mata mengenang nikmat Allah yang tidak terhingga. Sabda Nabi Muhammad, kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan menangis lebih banyak dari ketawa. Ini adalah kerana baginda telah melihat neraka semasa perjalanan Israk Mikraj.

Jadi kita kena perbanyak beristighfar sekurang kurangnya 70 kali hari semalam. Allah bersihkan titik hitam dalam hati kita kerana bagi satu dosa menjadi satu titik. Jika buat dosa, cepat cepat istigfar supaya tiada titik hitam. Kita nak bersihkan diri kita dalam bulan Ramadhan. Ambik peluang basuh diri kita. Kalau kita tak mengaku, kita akan disiksa dan gelisah. Untuk hilang gelisah kena mengaku dengan Allah semua salah dan silap kita. Pada tiap tiap malam Ramadhan, Allah akan mengeluarkan sebahagian nama mereka yang di neraka. Jadi perbanyakkan berdoa supaya memasukkan nama kita dan keluarga ke dalam senarai nama mereka yang diberi keampunan.

Kali ini saya hendak berkongsi Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang Sangat Sedap di kala selera dah mula menurun dan kepala mula pening memikirkan lauk apa yang hendak dimasak untuk berbuka. Cara memasaknya sama dengan memasak Acar Timun Masak kecuali saya tidak memasukkan halia. Jadi masakan ini adalah ala ala Acar Ikan lah kot. Acar Timun Masak biasa saya sediakan untuk dimakan dengan nasi minyak. Cuma kalau memasak Acar Timun, saya suka memasukkan beberapa ulas bawang merah sebiji sebiji yang tidak dipotong. Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan tenggiri saiz kecil, kerat 3 setiap seekor, dibersihkan, cuci dan toskan*
  • 1 camca teh serbuk kunyit*
  • 1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
  • 1 biji timun saiz kecil, kerat 3, buang empulur dan hiris seperti anak mancis
  • 1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
  • 1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
  • 7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1
  • 5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
  • 1/2 inci halia, hiris halus
  • 3 camca besar cuka Jalen
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3/4 camca teh biji sawi

Cara-cara Membuat:

  • Ikan digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan.
  • Panaskan kuali, masukkan 3 camca besar minyak masak. Masukkan biji sawi dan masak sekejap.
  • Kemudian masukkan semua bahan-bahan tumis, bawang putih, halia dan bawang merah. Masak hingga bawang layu.
  • Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  • Tambah timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng. Kacau rata.
  • Tambah garam secukup rasa dan gula dalam 1 camca besar penuh atau secukup rasa.
  • Masak hingga pekat dan rasa, jika ok bole matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan bersama nasi berperisa seperti nasi tomata atau nasi minyak.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang saya kongsikan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba…

Read More: Resepi Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu yang Patut Cuba

Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang Sangat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *