Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam – Ini saya buat semalam, tapi lupa nak masukkan kat entri. Blurr juga nak masak. Jadi saya kukus sajalah ikan tenggiri ni, nak masak asam pedas dah selalu sangat, nak buat kari tapi tadi dah ada masak lemak (tapi tadi, aku masak gak asam pedas, huhu).

Semalam untuk dinner saya masak ikan tenggiri ni , sedap dan berkhasiat. Ikan ni memang sedap dimasak apa jenis resepi pun sebab isi ikan ni manis dan agak padat. Saya selalu masak ikan tenggiri sweet sour atau masak kukus sebab anak-anak dan suami memang suka. Ikan kukus macam ni sedap dimakan dengan nasi atau di ratah macam tu je kan.

Ikan tenggiri kalau dimasak panggang macam ni sememangnya kegemaran saya. Makan bersama sambal cili. Aduuuh!! Sedapnyaaa. Nak masaknya pun mudah. saya pasti ramai yang sudah tahu cara nak kukus ikan tenggiri kan. Tapi saya kongsi jugalah resepi campak-campak ni buat rujukan dikemudian nanti ya. Jom, tengok resepi bawah nie…

Bahan-bahan mentah:

  • 4 ketul isi ikan tenggiri
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Jus lemon
  • Garam – secukup rasa

Cara-cara memasak:

  • Bersihkan semua isi ikan.
  • Potong kesemua jenis bawang,halia kemudian taburkan kedalam pinggan yang sesuai.
  • Susun kesemua isi ikan dan taburkan lagi bawang dan halia di atas isi ikan.
  • Masukkan sos tiram,garam dan serbuk lada hitam kemudian kuukus selama 15 minit atau sampai ianya masak .
  • Bila masak boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Nota: Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam ini tidak perlu ditambah air kerana didalam proses kukus isi ikan akan mengeluarkan jus.

Kandungan nutrien ikan tenggiri:

Ikan tenggiri yang baik untuk dimakan kerana ia dikatakan berupaya merawat penyakit – kecil penyakit dan mencegah penyakit jika dimakan secara kerap. Ini adalah kerana ikan tenggiri mengandungi termasuk:

  • Tenaga dalam ikan mackerel mempunyai 109 kalori. Tenaga yang berguna untuk meningkatkan stamina dalam menjalankan aktiviti-aktiviti hari-hari.
  • Fungsi protein untuk tempoh pembentukan otot-otot badan.
  • Dengan jumlah lemak 2.6 g.
  • Kalsium yang baik untuk mengekalkan kesihatan tulang serta mencegah osteoporosis.
  • Besi adalah berguna untuk memperbaiki tahap Sabit di dalam darah yang amat berguna untuk mengikat oksigen dalam sel-sel darah merah.
  • Vitamin A, vitamin C dan vitamin B1.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Gulai Sotong Sumbat Sedap

Resepi Ikan Tenggiri Kukus Lada Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *