Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah Paling Lazat – Resepi masakan Mamak ini saya ambil dari blog kak Ros. Sekarang bila memasak, saya akan menggunakan resepi simple-simple sahaja. Maklumlah masa untuk berada di dapur pun dah selalu suntuk. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja yang saya boleh memasak agak lama. Dulu saya tak tahu apa yang dipanggil Mamak. Sebab kat Kelantan, jarang ada Mamak. Kat kampung saya ada seorang India yang berkahwin dengan orang Melayu. Kami panggil dia Pak Cik Keling dan anak anaknya dipanggil anak Baghar, iaitu anak kacukan yang cantik cantik. Jadi Mamak ni samalah dengan anak Baghar yang kami kenali sejak dulu.

Kita hanya baru sekarang ini telah ada teknologi WhatsApp dsb untuk berkongsi dan berkomunikasi dengan siapa atau apa yang ada di tempat yang jauh. Begitu juga baginda naik ke langit dengan kenderaan Burraq yang laju seperti cahaya bukan seperti sekarang bila angkawsawan perlukan kapal angkasa, pakaian, oksigen dsb. Jadi yakinilah bahawa apa yang kita ada pada hari ini, semua telah ada pada zaman Rasulullah. Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Teringat WA Ustaz Ibrahim Muhammad pada saya yang berpesan bahawa di usia seperti ini, kita boleh dijemput bila bila masa sahaja, jadi perbanyakkan lah amalan soleh. Hmm ustaz, boleh tanya kalau ustaz seorang Mamak atau Melayu atau Jawa. Hahaha segan pulak bila mendapat tahu yang ustaz ada juga follow blog saya.

Resepi ini boleh juga digunakan untuk memerap ayam untuk menjadikan ayam goreng berempah. Jom layan resepi dulu…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 1/2 pekat rempah kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 susu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kechil serbuk jintan puti/manis
  • 1 labu bawang besar di mayang
  • 1 biji cili merah dipotong nipis
  • 2 tangkai daun kar
  • 3 ke 4 sudu besar tepung gandum
  • Minyak secukupnya untuk mengoreng ikan
  • Boleh masukkan serbuk cili tapi hari ni kat dapur ni tak ada la…

Cara Memasak:

  • Bersihkan ikan dan sapu garam. Campur semua bahan rempah dan sapu pada ikan sampai rata.
  • Perapkan dalam 1 atau 2 jam. Taburkan tepung gandum dan sapu rata sebelum mengoreng ikan
  • Panaskan minyak, goreng ikan sampai garing. Ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama masukkan daun kari dan goreng sebentar. Masukkan pula bawang besar dan cili merah, goreng hingga terbit bau.
  • Angkat dan taburkan diatas ikan tadi dan hidang kan bersama nasi panas.

Sedap dan mudah sahaja kan resepi asam pedas ikan pari ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. elamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Ikan Kerapu Masak Stim Paling Mudah dan Lazat

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *