Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah Mudah dan Sedap – Hari malas memasak?… Macam tu lah mood saya, ada masa ok, ada masa ke laut. Tapi sebagai memenuhi tanggung jawab, saya masak juga sebenarnya, cuma menu yang begitu ringkas dan senang. Ada seekor ikan tenggiri papan, plan asal nak goreng bercili, tapi tiba-tiba jadi masak kicap berempah pulak…macam mana tu?…

Tak kesah lah jadi apa sekali pun janji boleh makan dan sedap itu yang utama. Selain tu saya masak juga tumis air petola bantal. Selain ikan tenggiri, anda boleh guna apa jua ikan yang anda suka, tapi pastikan anda goreng ikan tadi tidak terlalu garing, embal-embal sudah memadai. Menu seperti ini juga enak dimakan bersama bubur nasi atau nasi yang dimasak lembut. Sila layari channel youtubenya klik di SINI. Okey resepi seperti berikut…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4-5 keping isi ikan tenggiri – sebesar tapak tangan
  • 1 biji bawang besar – dipotong membulat
  • 2 biji buah tomato – dipotong empat
  • 10 biji cili api
  • Sedikit daun sup
  • Air asam jawa secukupnya
  • Kicap secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk Dikisar:

  • 3 biji cili kering – direndam dalam air panas sehingga kembang
  • 5 biji bawang merah – yang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Bahan-bahan Rempah:

  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan manis – yang halus
  • 1 sudu kecil biji ketumbar

( Semua rempah ni digoreng tanpa minyak sehingga harum , guna api dapur sederhana besar. Tumbuk atau kisar rempah ni sehingga halus ).

Cara Memasak:

  • Ikan tenggiri dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar dan semua rempah yang ditumbuk serta biar masak hingga terbit bau wangi.
  • Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan cili api, air asam jawa secukupnya dan terus kacau kuah.
  • Masukkan semua ikan tenggiri , buah tomato serta kicap dan terus kacau semua bahan-bahan bagi rata, racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata.
  • Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah. Bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Nota: Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing . Kalau suka pedas cili api boleh dibelah 2.

Sangat simple dan mudah je kan untuk membuat Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera…

Read More: Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Simple dan Sedap

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *