Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Talapia Masak Sweet Sour – Fuhh.. setengah jam cuba untuk uplaod gambar, last-last satu ni je yang berjaya di-upload. Sejak 2 menjak ni intenet agak lemau, sebab hujan kah? tapi semalam tak hujan pun. Biasanya streamy tak umah ni laju je. Tak tau la apa masalah dia kali nih.

Apa-apa pun, entry laju-laju sebab tuan rumah tak masuk dapur lagi nih. Duk ngadap journal dari tadi sampai lupa nak defrost lauk. ni tengah duk defrost ayam, letak entry lauk 2 hari lepas. Ikan talapia ni beli yang frozen kat supermarket, murah dan fresh. Kadang-kadang beli kat pasar dapat yang tak fresh. Sedih je bila dah semangat nak makan talapia, bila masak terasa tak fresh dia. Jadi sekarang talapia me beli kat supermarket je. Lepas die orang tangkap je ikan ni, terus frozen dan hantar ke supermarket. Setakat ni, alhamdulillah ikan talapia yang beli kat supermarket semua fresh.

Kalau talapia dan siakap memang me suka goreng garing-garing pastu wat sweet sour, 3 rasa atau masak sos nih lebih kurang je semua. Ikut mana yang berjaya dicampak dalam kuali. hehehe… Yang penting, sedap! sekor ikan ni sempat untuk lunch kami 2 orang je. dinner masak lain.

Bahan-bahan:

  • 500 gram ikan talapia
  • 3 sudu tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam

Bahan untuk sos:

  • 2 sudu pati limau nipis
  • 1 batang timun
  • 100 gram daun ketumbar
  • 2 hiris nanas dipotong dadu
  • 2 sudu sos cili
  • 4 sudu sos Thai
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 ulas bawang Holland dihiris

Cara membuatnya:

  • Siang dan basuh ikan.
  • Gaul ikan dengan tepung jagung dan garam.
  • Panaskan minyak.
  • Gorengkan ikan sampai garing,toskan. Asingkan ikan yang telah digoreng.

Bahan untuk sos:

  • Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan nanas dan timun yang telah dipotong dadu.
  • Masukkan sos cili dan sos Thai.
  • Bila pekat masukkan pati limau dan daun ketumbar.

Itu la hasilnya walaupun ikan saya tu accident, ekor tercabut dari kedudukan asal tapi tetap seksi. hahaha… Alhamdulillah semua suka especially suami, senyum sampai telinga. hahaha… Itu aje la resepi yang sempat dikongsi bersama, sesetengah orang yang tak suka ikan air tawar leh la gantikan dengan ikan siakap atau ikan kerapu, ikan kembung pun boleh. Selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Sotong Kicap dengan Lada Hitam

Resepi Ikan Talapia Masak Sweet Sour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *