Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Talapia Goreng Masak Sambal yang Patut Cuba – Baru mula nak masak, gas habis. Nasib baik nasi dah masak, tinggal nak masak lauk dan sayur saja. Tunggu punya tunggu, lambat pulak orang hantar gas. Penyudahnya, nasi tengah hari dibawa untuk makan malam. Tengahari, makan roti je.. hehehe

Saya sebenarnya tak pernah beli dan tak pernah makan ikan talapia merah. Tapi, kawan-kawan cakap sedap. Perasaan ingin mencuba, berkobar-kobar. Nasib baik tak pregnant. Kalau tak, ngecess la anak saya. Kebetulan ada orang datang jual ikan dan ada jual ikan talapia ni, jadi saya pun belilah seekor, besar juga, dalam sekilo beratnya. Tapi nak masak apa yek? Yang ada difikiran, cuma gulai lemak cili padi atau masak asam pedas jer. Tapi suami request goreng jer garing-garing dan masak sambal.

Saya pun mula operasi memasak ikan ni, masa disiang, isinya nampak macam keras. Rupa-rupanya bila dah digoreng, isinya lembut sesangat. Resepi ikan masak sambal ni, sama je dengan masak sambal yang lain. Lagipun ikan ni spesis ikan air tawar, mana tau kot ada rasa yang pelik-pelik. Hahaha… nasib baik sedap..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia saiz besar
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • Minyak secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • 1 mangkuk jus asam jawa untuk rendam ikan

Bahan untuk Sambal:

  • 6-8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 20 biji cili padi hijau*

Cara Menyediakan:

  • Ikan dicuci bersih dikelar kemudian rendam dengan air asam jawa selama 10 minit. Kemudian cuci bersih dan tos.
  • Lumur garam dan serbuk kunyit lalu digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan bertanda* hingga lumat. Bawang merah di mayang nipis.
  • Panaskan minyak lalu tumiskan serai dan bawang hiris. Kacau hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumiskan hingga naik minyak. Sebelum tu.. boleh campaknya asam gelugur.
  • Bila tumisan dah naik minyak, bolehlah masukkan gula, garam serta air.
  • Kacau-kacau sekejap kemudian bolehlah masukkan ikan goreng tadi dah balik-balikkan, supaya sambal melekat pada ikan. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Nota:

  • Ikan talapia saya gaulkan dengan garam, kunyit hidup, halia dan bawang putih yang ditumbuk. Perap sebentar baru digoreng.

Siap untuk dihidangkan. Kalau korang tak suka yang kering macam saya buat ni, boleh tambah sedikit air semasa menumis dan jangan tumis bawang terlalu lama.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya… Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Paling Mudah

Incoming search terms:

Resepi Ikan Talapia Goreng Masak Sambal yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *