Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada yang Membuka Selera – Sebenarnya jarang sangat suami beli ikan talapia ni. Sebabnya dia tahu yang isterinya ni kurang gemar sikit kalau ikan-ikan jenis air tawar ni. Tapi baru-baru ni adalah dia beli 2 ekor ikan patin dan 2 ekor ikan talapia. Beranikan diri untuk mencuba buat sekian kalinya makan ikan patin dan talapia tu. Sebabnya saya pernah merasa ikan patin sangkar masa kenduri kawin sepupu. Suami kat Jerantut. Eh.. sedap pulak! Takde rasa-rasa pelik pun.

Sejak dari tu.. persepsi saya terhadap ikan patin sedikit berubah. Rupa-rupanya ikan patin yang tak sedap tu ialah patin yang dibela dalam kolam. Patutlah ramai betul yang memuji kesedapan ikan patin yang buat saya pelik, apalah yang sedap sangat dengan ikan patin tu sampai sanggup membayar mahal (untuk patin buah). Sedangkan saya nak telan pun macam tak boleh nak masuk. Sekarang barulah tahu rahsia dan penyebabnya. hahaha.. Sekarang siap pesan kat en. suami lain kali kalau nak beli ikan patin hanya patin sangkar je… kalau patin kolam tak usah belilah… gerenti saya takkan makan punya. Bukan sombong tau. heheheee…

Pernah beberapa kali masak, mesti cuba makan, bila rasa secubit memang tak boleh nak telan. Akhirnya ikan seketul yang diambil mesti akan masuk dalam pinggan en. suami… hehe.. Sekarang insya Allah jika masak patin atau talapia sangkar pasti tak lagi jadi macam tu. Berbalik dengan kisah ikan talapia pula. Disebabkan ia juga dibela dalam sangkar (menurut kata penjualnya) jadi en. suami pun belilah juga 2 ekor yang saiz besar. Alhamdulillah.. kedua-dua jenis ikan tu saya boleh makan. Takde rasa tanah, rasa lumpur atau rasa-rasa pelik. Sedap sangat isinya. Anak-anak pun suka juga.

Okeylah panjang pula mukadimahnya. Jom tengok resepi mudah ni. Goreng ikan garing-garing, memang ngam sangat digolek-golekkan dalam sambal lada tu. Membuka selera!…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan talapia saiz sederhana (hitam atau merah…dua-dua boleh) – siang dan bersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi
  • *4 biji cili merah saiz XL
  • *4 biji cili hijau saiz XL
  • *3- 5 biji cili padi akar – ikut citarasa pedasnya
  • Bertanda* biarkan sebiji-sebiji, tak perlu dipotong
  • 1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
  • 1/2 sudu teh belacan siap dibakar
  • 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih- kupas kulit sahaja, tak perlu dihiris
  • 1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang
  • Sedikit minyak dan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

  • Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkatdan ketepikan
  • Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawangmerah dan bawang putih selama 3 minit atau bahagian luar cili dan bawang layu. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering. Kalau ditumbuk lagi bagus sebab kita tak nak tekstur sambal terlampau halus.
  • Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit air.
  • Masukkan asam jawa xtraAdabi (atau 1 sudu besar air asam jawa) dan tumis hingga sambal pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Matikan api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan… sedia dihidang..

Selamat Mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Pulut Panggang Versi Terengganu yang Wajib Cuba

Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada yang Membuka Selera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *