Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Sumbat Bunga Kantan Sedap – Masih lagi nak berkongsi resepi lauk hari ye. Apa nak buat sejak anak dara sulung ku dah tinggal di asrama, mood nak menggodek kuih dah agak kurang. Sebab utamanya takut tak mampu nak dihabiskan maklum sajalah kat rumah tu, penggemar kuih muih manis tak ramai. Kalau ada pun mereka makan setakat sepotong dua lepas tu bakinya, si tukang buat la yang kena perabis. hehehe… Yang sedihnya, anak dara ku itu tiap kali telefon ibunya mesti cakap rindu nak makan kuih yang ibu buat.

Okey sambung pasal lauk untuk hari ni, masih juga dengan resepi lauk berasaskan ikan. Sejak dua menjak abang Ryan dah mula bersekolah tahun 1 ni, dia seakan dah jemu dengan lauk ayam. Kalau dulu lauk ayamlah yang dia paling suka. Kemungkinan dia rasa jemu dengan ayam tu disebabkan di rumah transit yang dia singgah lepas balik sekolah tu hari-hari sediakan lauk ayam kot.

Yelah, lauk untuk budak-budak sekolah ni memang lebih mudah masak ayam berbanding ikan. Sebab kadang-kadang ada budak-budak yang tak suka ikan (macam Ryan lah!) atau tak pandai nak makan ikan yang ada tulang-tulang tu kan. Jadi ekoran dah kerap sangat Ryan makan lauk ayam kat rumah transitnya tu. Bila ibu dia masak lauk ikan kat rumah, dia dah tak banyak komplen lagi macam dulu-dulu. Malah berselera pula dia makan. hihihi… Sebab tulah sekarang ni dah tak kisah sangat nak masak ikan kerap-kerap kat rumah ni, ibulah yang paling seronok sebab ibu penggemar ikan. 🙂

Okey jom kita tengok resepi kali ni. Resepi kali ni saya kategorikan sebagai super sedap! Setandinglah dengan resepi-resepi yang pernah ku puja puji sebelum ni. hehehe… Kalau tak percaya silalah cuba sendiri ye. Lauk ni sebenarnya dah lama juga di masak, maklumlah kan en. Husband bawak balik banyak bunga kantan dari kampong tempohari. Jadi apalagi, ekperimen pun jalan lah. Memang ku tunggu-tunggu bunga kantan free dari kampong.

Baca Juga:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru (dibuangkan perut dan dihiris belakangnya)
  • Sedikit garam dan kunyit untuk dilumurkan pada ikan
  • 1 biji limau nipis.

Bahan-bahan kisar/tumbuk:

  • 1 labu bawang besar
  • 4-5 biji cili merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai (hiris)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 batang bunga kantan
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat:

  • Kisar atau tumbuk hingga lumat/halus dan perahkan sedikit air limau nipis.
  • Masukan bahan kisar kedalam ikan yang dihiris kedua dua belahnya belakangnya.
  • Lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam dan biarkan sebentar.
  • Panaskan minyak, masukan ikan goreng dan balikan hingga benar benar garing dan angkat.
  • Selepas tu Hidangkan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Read More: Resepi Salmon Steak With Blackpepper Sauce

Resepi Ikan Sumbat Bunga Kantan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *