Assalamu’alaikum…

Malam ini saya akan hidangkan Ikan Siakap Tiga Rasa lagi, sebelum ini memang telah ada entri mengenai Ikan Siakap Tiga Rasa ini dalam blog ini. Memang favourite anak-anak semua, apalagi kalau dihidangkan terus selepas dimasak. Hari Sabtu yang lalu, sempat `sambar’ 2 ekor siakap saiz sederhana di Carrefour Wangsa Maju. Seekor harganya R7.00. Ok jugalah sebab ikannya pun fresh.

Sejak di pejabat tadi dah berangan-angan nak masak siakap tiga rasa untuk hidangan makan malam. Dah tiga hari di dalam peti ais, masih tidak berkesempatan untuk menyiangnya lagi. Hari ini mesti nekad dan rajinkan diri untuk masuk ke dapur. Sepulangnya dari pejabat, terus singgah di Giant Setiawangsa membeli bahan-bahan sampingan seperti nanas, sos ikan, sos tomato, dan cili benggala. Bahan-bahan inilah yang akan menambahkan perisa kepada resepi ini nanti.

Resepi asal siakap tiga rasa ini saya ambil dari resepi kawan di fb. Terima kasih kepada empunya fb kerana sudi berkongsi resepi ini. Memang ternyata sedap sehingga menjilat jari. Ada beberapa bahan yang ditambah mengikut citarasa saya bagi penyediaan resepi siakap tiga rasa ini. Kita langsung sahaja tengok resepi mudah tetapi sangat sedap bawah ini..

Artikel Lainnya:

Untuk Ikan:

  • 1 ekor ikan siakap – kelar dan lumur garam kunyit
  • Tepung jagung – dilumur pada ikan
  • Minyak – untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:

  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 6 tangkai cili padi – dipotong kecil
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 batang serai – ketuk

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan – tak letak
  • Sedikit minyak bijan – opsyenal

Bahan-bahan Lain:

  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala – dipotong dadu – opsyenal
  • Kiub nenas dalam tin – opsyenal
  • 3-4 helai daun limau purut – buang tulang
  • Daun sup/daun bawang – untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajino-moto secukup rasa

Cara-cara Membuat:

  • Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
  • Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.
  • Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.
  • Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
  • Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Asam Pedas Muar Paling Mudah Juga Sedap

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa yang Sangat Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *