Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah – Lama rasanya saya tak berkongsi resepi ya?… Bersawang dah blog saya ni. Sebagai suri yang bekerja di rumah memang sepanjang masa sibuk, urusan anak, urusan keluarga, urusan meniaga, urusan suamipun saya sibuk juga. Yang paling saya ‘salute’ guru-guru yang menjadi tenaga pengajar dalam Akademi Bekerja Dari Rumah. Mereka paling konsisten dengan tugas mereka. Merekalah sumber inspirasi saya untuk terus berkarya dan berkongsi dengan kalian. Moga sedikit-sebanyak coretan saya memberi manfaat kepada pembaca.

Hari ini saya nak kongsikan resepi ikan masak masam manis yang sangat sedap. Macam angkat bakulkan! Eh! Taklah, anak-anak dan suami memang komen sedap. Nak tahu sedap atau tak, kenalah cuba membuatnya. Masakan-masakan saya memang semuanya ringkas dan mudah, yang penting mesti sedap. Anak-anak yang lapar mesti nak makan cepat. Sebab tu masakan ini stail campak-campak je. Anak-anak saya cerewet tau! Kalau tak sedap kuat mengomel. Alhamdulillah anak-anak saya yang di asrama kini lebih matang, makan aje apa yang dihidangkan. Bagus juga kalau ada yang mengomel, sebagai ibu kita boleh memperbaiki skil dan kemahiran memasak kita.

Selalunya kalau saya beli sebiji nanas, mesti dalam seminggu tu ada 2 atau 3 jenis resepi ni. Yalah nak menghabiskan sebiji tu bukanlah senang. Anak-anak pula hanya makan nanas kalau mereka tak berapa nak nampak nanas yang dipotong besar-besar tu. Kalau masak masam manis ni memang sesuai sangatlah. Menu lain yang menggunakan nanas untuk panduan anda semua ialah ikan masak masam manis, ikan kering masak lemak nanas, pajeri nanas, asam rebus ikan dengan nanas dan nasi goreng nanas. Buat air nanas sedap juga tau!

Masa:
Penyediaan: 15 Minit / Memasak: 20 Minit / Keseluruhan: 35 minit

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – lumur garam kunyit
  • 1/2 biji bawang besar – mayang
  • 4 ulas bawang putih – ketul
  • 1-2 inci halia – hiris halus panjang
  • Sedikit cili kisar
  • 1 biji tomato buah – hiris bulat
  • 1/2 cawan sos tomato
  • Sedikit sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • Air tepung jagung

Bahan Hiasan:

  • 8 biji cili padi merah dan hijau
  • 1 biji bawang besar – hiris bulat
  • Daun bawang
  • Daun sadri

Cara-cara Penyediaan:

  • Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Sebelum digoreng, lumurkan tepung jagung rata rata dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  • Selepas itu, masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkam air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  • Akhir sekali, masukkan bawang mayang, tomato buah dan cili padi. Biarkan sehingga bawang layu.
  • Tutup api dan tuang sos sweet sour ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  • Untuk mendapatkan rasa masam manis yang sedap, gunakan tomato ceri.

Selamat mencuba dan jangan lupa share ya…

Read More: Tenggiri Asam Daun Kari Bersama Faedahnya

Resepi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *