Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Stim yang Mudah dan Sedap Terkini – Selamat petang dan selamat minum sore. Sebelum kita mula resepi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya ini, blog ini inshaa allah akan terus ada di Internet apabila anda mahu untuk melawat. Apa menunya untuk ngudap-udap petang ni?.. Ada yang makan karipap pusing tak?..

Orang kat sini teringin makan laa.. Asyik malas je nak buat ni, tunda, tunda dan asyik tunda!!.. Manalah nak jadinya kan.. Mintak-mintak mood kerajinan tu datang secepat mungkin. Bahan-bahnnya dah lama menanti terutamanya ubi kentang. Takut ubi kentang tu rimbun dengan tunaslah pulaknye..huh!

Okey lah, petang ni sajian yang ke udara adalah siakap stim. Memang sedap sangat resepi dari Kak Azie ni, thanks banyak-banyak ye Kak Azie coz sudi kongsi resepinya. Saya masak untuk hidangan seekor ikan siakap, so saya gandakan je bahan-bahannya. Resepi yang kat bawah tu adalah sukatan asal dari Kak Azie. Next time boleh buat resepi ulangan..asyikk.. Layari juga channel Youtubenya klik di SINI.

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan Siakap – kelar
  • Daun ketumbar – tabur
  • 1 biji imau nipis – hiris hiasan

Bahan Kuah:

  • 1/2 biji bawang besar -hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 2-3 tangkai cili padi – hiris
  • 3 helai daun limau purut – carik
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • 1-2 batang serai – potong serong
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Membuat:

  • Masukkan sedikit dari bawang, halia dan serai untuk disumbat ke dalam perut ikan dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
  • Tuang bahan-bahan kuah ke atas ikan dan kukus beberapa minit lagi.
  • Angkat dan taburkan daun ketumbar dan hias dengan hirisan limau nipis.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Ikan Siakap Stim ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mecuba…

Read More: Resepi Dalam Pantang, Sup Ikan Haruan Paling Sedap dan Simple

Resepi Ikan Siakap Stim yang Mudah dan Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *