Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Stim Halia Sedap Ala Thai – Selamat petang dan selamat minum sore..Apa menunya untuk ngudap-ngudap petang ni? Ada yang makan karipap pusing tak?..Orang kat sini teringin makan laa..Asyik malas je nak buat ni, tunda, tunda dan asyik tunda!!.Manalah nak jadinya kan..Mintak-mintak mood kerajinan tu datang secepat mungkin..Bahan-bahnnya dah lama menanti terutamanya ubi kentang..Takut ubi kentang tu rimbun dengan tunaslah pulaknye..huh!

Atas permintaan hubby, saya masak siakap stim….lagipun siakap stim ni senang sangat nak buatnyer…tapi sedap sangat sebab rasanya yang masam-masam pedas hangat ni…sepatutnya ikan ni buat sekor-sekor tapi sebab stim saya tu comel sangat maka terpaksa lah dipotong dua….resepi ni saya buat ikut saya sendiri je.

Okey lah, petang ni sajian yang ke udara adalah siakap stim..memang sedap sangat resepi dari saya ni, tak banyak-banyak ye sayal coz sudi kongsi resepinya. Saya masak untuk hidangan seekor ikan siakap, so saya gandakan je bahan-bahannya. Ikan siakap stim halia, tidak hanya baik. Malah, ia juga membantu membuang angin dalam badan. Resepi yang kat bawah tu adalah sukatan asal dari saya. Next time boleh buat resepi ulangan..asyikk.. Ok lah kalau nak tengok resepi, jom check kat bawah nii…

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
  • 1 batang serai
  • 1/2biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1/4 kiub pati ikan bilis
  • 1 biji limau kasturi
  • 2 helai daun limau purut | buang urat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
  • Garam, gula
  • Daun ketumbar, daun bawang

Cara-cara:

  • Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
  • Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun
  • ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
  • Masukkan juga sedikit air.
  • Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
  • Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
  • Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
  • Hidang.

So selamat mencuba la ye. bagi yang dah mencuba tapi tak kena kat tekak, ampun maaf dipinta. Semoga berjaya.

Read More: Gulai Kuning Ikan Tongkol Sedap Versi Kelantan

Incoming search terms:

Resepi Ikan Siakap Stim Halia Sedap Ala Thai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *