Assalamu’alaikum…

Hari ni sempatlah menayangkan apa yang dimasak untuk lunch tadi biarpun dapat publish satu jenis lauk ni je. Alhamdulillah…seperti yang dirancang dari awal pagi tadi, saya buat Ikan Siakap Stim, telur mata kerbau bersambal dan sayur tauhu tumis. Memang sedap dan menyelerakan. Rasa nak menambah nasik, tapi terpaksa kontrol gak sebab diet punya pasall kan?..hehe.

Okey, ikan ni kan ..kalau rasa malas sangat nak masak yang berat-berat, buat stail gini lagi mudah. Dahlah senang, sedap pulak tu. Rasanya ada masam-masam sikit. Sesuailah untuk orang yang tak ada selera makan atau yang sakit. Gerenti berselera!!!…

Bila menyebut masakan stim yang pasti terbayang adalah ikan siakap. Boleh juga guna ikan lain seperti kerapu, bawal tapi ikan siakap paling sinonim dengan masakan stim. Yang paling paling utama ialah mendapatkan ikan yang segar supaya terasa kemanisannya. Masakan stim tidak hanyir. Jom layan resepi yang digunakan hari ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan siakap / ikan bawal emas (yang telah siap dibuang perut dan dibersihkan comel-comel)
  • 3 ikat serai *mayang halus-halus
  • 2 biji cili merah besar (bagi yang suka pedas bolehlah gunakan cili padi tapi saya guna cili merah sebab anak-anak nak makan dan kalau boleh buang bijinya juga supaya tidak pedas) *mayang halus
  • 3cm halia muda (nak guna halia tua pon boleh cuma halia muda ni lagi sedap rasanya kalau tergigit pon) *mayang halus
  • 1 labu bawang putih *mayang halus
  • 2-3 biji bawang merah *mayang halus
  • 2 biji tomato (dibelah empat atau kalau nak hiris halus-halus pon boleh juga)
  • 1 batang lobak merah (dipotong bulat-bulat)
  • 3 labu bawang jeruk (dibelah dua)
  • Buah asam boi (tapi saya haritu memang tak ada jadinya saya gantikan dengan hirisan lemon)
  • 2 sudu sos tiram
  • Garam, gula dan lada sulah

Cara-cara Membuat:

  • Dalam kuali tu masukkan terus ikan dan segala bahan yang telah dihiris.
  • Masukkan air (agak-agaklah kan, jangan banyak sangat sebab nanti bukan stim namanya tapi dah jadi singgang)
  • Masukkan siap-siap perisa seperti sos tiram, garam, gula dan juga lada sulah (lada sulah ni sebenarnya pilihan tetapi entahlah sejak dua menjak ni suka pula kalau ada rasa lada sulah)
  • Buka api dan tutup kuali, bila nampak macam ikan di bahagian bawah dah masak, balikkan pula
  • Stim ni jangan lama sangat sebab dikhuatiri isi ikan akan hancur jadinya masak dalam 10-15 minit sahaja (atau bila dah tengok ikan dah masak)
  • Bila dah rasa cukup rasa masam, manis, masin dan pedas tu, bolehlah hidangkan.

Sangat sedap memang la… apabila dah mencium bau wangian Ikan Siakap Stim halia yang dah matang ni… Ianya memang mudah bagi anda untuk mencuba resepi yang telah dikongsikan ni… Keluarga di rumah pasti suka. Selamat mencubanya ya…

Read More: Resepi Sotong Masak Stim Lemon yang Mesti Cuba

Resepi Ikan Siakap Stim Halia Paling Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *