Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Stim Bersama Mangga ni menjadi salah satu hidangan kami pada malam ni. Sesekali, nak jugak makan secara ‘sihat’ – iaitu dengan kaedah mengukus. Sememangnya mengukus dan merebus adalah merupakan kaedah yang baik untuk menjaga pemakanan kita secara sihat. Tapi, sesekali ok jugak lerr. Kalau selalu , hmmm.. susah gak sebab tekak dan citarasa ni dah terbiasa dengan masakan-masakan Melayu. Yuk, lihat resepi ni yang saya rasa mudah untuk anda mencuba.

Jika anda baru cuba nak masak ikan stim dan hasil stim anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi. Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk masak ikan stim. Saya sendiri belajar dari try & error dan makin lama makin sedap la ikan stim yang dimasak. Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan anda masak itu… Jom lihat resepi. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dikelar)
  • 3 cawan air
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 6-7 biji cili padi (diketuk)
  • 2 biji tomato (dihiris atau dibelah 4)
  • 1 biji mangga muda / masam (dihiris halus)
  • Sedikit jus limau nipis
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit garam dan gula
  • Hirisan daun sup/daun ketumbar
  • Sedikit bancuhan tepung jagung

Cara-cara Membuat:

  • Didihkan air. Masukkan serai, halia, bawang putih dan lengkuas. Biarkan ia mendidih sebentar.
  • Kemudian masukkan ikan dan cili padi diikuti sos tiram, sos ikan, kicap, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan jus limau, hirisan daun ketumbar/daun sup, tomato, dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Setelah masak, tutupkan api dan hidangkan ikan di dalam pinggan besar dan taburkan hirisan mangga serta lebihan daun sup/daun ketumbar.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Ikan Siakap Stim Bersama Mangga?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam Sedap dan Spesial

Resepi Ikan Siakap Stim Bersama Mangga Paling Simple dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *