Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Paling Simple dan Sedap – Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup.

Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?… Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Ikan Siakap Masam Manis. Resepi ini asalnya dari bahagian Timur Negara Cina tetapi melalui arus moden telah mengubah resepi ini berbagai-bagai mengikut selera masa kini. Ikan yang sering digunakan dalam resepi ini ialah Ikan kerapu dan Ikan Siakap. Berat ikan yang sesuai sekitar dlm 1kg. Kalau ikan itu besar sangat isi nya tak molek. Cara menyediakan hidangan, ikan tidak dibaringkan didalam pingan hidangan tetapi di dudukan di pinggan hidang untuk mudah di jamu selera dan cantik. Resepi ini mudah dan siap cepat.

Jom layan resepi mudah yang saya sediakan hari ini. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Jom layaan.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan Resepi Ikan Siakap Masam Manis:

  • Seekor ikan siakap (bersaiz sederhana)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh perahan air limau nipis.
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit halia, dicincang halus
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan untuk Sos Resepi Ikan Siakap Masam Manis:

  • 2 sudu besar margarine
  • 2 biji bawang Bombay, dicincang kasar
  • 1 biji bawang putih, diketuk-ketuk, cincang
  • 2 biji cili besar, dihiris
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 1 biji tomato dicincang halus dan ketepikan.
  • 100 ml air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudut teh gula pasir
  • 1 sudu teh tepung kanji, larutkan dengan sedikit air.

Cara Membuat Resepi Ikan Siakap Masam Manis:

  • Cuci bersih ikan siakap. Lumurkan ikan dengan halia dan air perahan limau nipis sehingga rata. Biarkan selama 30 minit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut.
  • Kemudian lumur ikan tersebut dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung.
  • Setelah itu goreng dalam minyak panas dan biarkan hingga berwarna kuning kecoklatan.
  • Setelah masak, angkat dan tiriskan minyak.
  • Cara Membuat Sos:
  • Panaskan margarine hingga cair.
  • Tumis bawang Bombay dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Tambahkan halia dan cili besar, kacau hingga layu.
  • Kemudian, masukan kesemua bahan-bahan lain.
  • Kacau hingga mendidih, setelah itu masukkan larutan kanji, kacau sehingga pekat.
  • Letak ikan siakap di piring hidangan dan tuanglah sos tersebut di atasnya.
  • Dah siap dan bolehlah disajikan.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Siakap Masam Manis ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu juga rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Siakap Stim yang Mudah dan Sedap Terkini

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Paling Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *