Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Laprik yang Harus Cuba – Menu kali ni ala-ala Siam gitu. Saya memang suka menu yang ringkas macam ni tapi sedap sangat. Kalau makan kat kedai memang mahal, kali ni beli ikan siakap 1 ekor, pastu masak sendiri, puashati dan puas makan. Kita boleh tambah bahan-bahan yang kita rasa kurang. Macam biasalah kalau saya masak, mesti kena berkuah sikit sebab suami memang suka makanan yang berkuah.

Biasa kita dengar masakan Paprik, tapi kali ni lain sikit sebutannya iaitu Laprik. Rasanya ini salah satu masakan dari Thai juga kot. Cuma takde penggunaan daun limau purut kali ni. Tapi bahan kuat masakan Thai kali ni ialah sos cili Thai, cili padi dan juga daun ketumbar. Salah satu hidangan adalah Ikan Siakap masak sos Thai Best sangat dan lain dari resepi yang biasa kita buat. Saya dah berkenan dengan rasanya. Saya google dan dapatkan resepinya dan buat ikut citarasa sendiri Betul la memang best, harus di cuba.

Pada yang suka masakan yang ada rasa sedikit manis bolehlah mencuba ye, seperti masakan sweet sour. Tapi lain memang lainlah, nak tau kenalah cuba sendiri. Alhamdulillah seisi keluarga makan dengan berselera. Pada kawan-kawan yang suka masakan Siam tu, bolehlah mencubanya, memang sedap sangat. Jom semak resepinya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan siakap – dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 10 tangkai cili padi – potong kecil
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 5 sudu besar sos Thai
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Daun salad, cili besar dan tomato – untuk hiasan
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak:

  • Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing,angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  • Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  • Masukkan cili padi dan air. Kacau sebati.
  • Kemudian masukkan sos Thai, bawang besar dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  • Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.
  • Siap hidangkan untuk keluarga tercinta dan tersayang.

Sebab mengapa ikan adalah satu sumber penting pemakaman penting adalah kerana ia menyediakan bahan yang diperlukan untuk tubuh manusia dan juga mengurangkan risiko pelbagai penyakit, sebagai contoh ia telah menunjukkan bahawa ia bertindak sebagai perisai dari segi kesihatan dengan kandungan asid omega-3 dimakan secara tetap. Ia mengurangkan risiko penyakit jantung dan menguatkan sistem imun.

Mudah-mudahan saya kongsikan buat masa ini, ia dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Kerabu Ikan Bilis Paling Mudah dan Sedap

Resepi Ikan Siakap Laprik yang Harus Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *