Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk. Diinspirasikan dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat berbaloi memasaknya sendiri. Maklum kalau ikan seperti yang saya masak hari ini, harganya pasti tidak kurang dari RM70-80 jika dimakan di restoran atau kedai makan. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba semua… Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 labu bawang besar holland (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang lobak merah saiz kecil (dihiris halus)
  • 5-6 biji cili padi (dihiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)

Bahan Sos:

  • 1-2 sudu makan taucu
  • 50 ml air atau lebih
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • Sedikit gula
  • Jus limau nipis dan hirisan daun sup.

Cara-cara Membuat:

  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya hingga mendidih. Sediakan bekas tahan panas. Letak ikan di dalamnya. Susunkan bahan-bahan hirisan di atasnya.
  • Sementara itu, satukan semua bahan sos dan kacau. Siramkan ke atas ikan tadi hingga rata.
  • Kemudian dikukus hingga masak lbh kurang 20-25 minit.
  • Buka penutup kukus, perahkan jus limau nipis dan kacau sedikit kuahnya. Taburkan sedikit daun sup. Kukus lagi lbh kurang 2-3 minit.
  • Setelah masak, hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sangat mudah dan simple kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Masam Manis Favourite Keluarga

Resepi Ikan Siakap Kukus yang Mudah dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *