Assalamu’alaikum…

Dalam perjalanan balik, saya meminta hubby singgah di kedai runcit untuk membeli ikan siakap dan bahan bahan untuk dimasak Ikan Siakap Kukus Chinese Style. Masakan stail Chinese ni memang semua simple tapi sangat sedap dengan penggunaan bawang putih dan halia yang banyak. Pendek kata, chinese cooking style memang menyihatkan.

Saya sebenarnya kurang menggemari ikan kukus sebab tak suka rasa isi ikannya. Tapi sejak kebelakangan ini, selera saya mula berubah selepas menikmati ikan Kukus yang sangat sedap masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap dengan rasa bawang putih jeruk yang memang feveret sejak kecil lagi.

Selain bawang jeruk, diletakkan juga cendawan. Tapi hari ini, saya tak letak semua itu walaupun mempunyai stok bawang putih jeruk. Bukan apa lah pun. Tapi rashes saya dah berkurangan, jadi tak mahulah makan makanan berasid buat sementara ini.

Okey-lah apa kata kita tengok dulu resepi ringkas ini yang saya lupa dari sumber mana yang saya salin dulu. Selain ikan siakap, boleh juga guna ikan bawal putih ataupun ikan kerapu.

Baca Juga:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan buang sisik
  • 1 biji bawang besar – hiris halus *
  • 3 ulas bawang putih – hiris halus *
  • 3 inci halia muda – hiris halus *
  • 5 biji cili api – hiris halus *
  • 1 batang serai – hiris halus *
  • 1 tangkai daun ketumbar – hiris halus *
  • 2 biji plum (plum ni boleh dapat di kedai cina. kalau tak ada, boleh guna asam boi. preference asam boi yang masam masin. kalau yang manis, kena tambah lime juice)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Lobak masin dan sawi masin – hiris
  • Cendawan shitake – rendam dan hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk lada putih

Cara-cara membuat:

  • Bersihkan ikan dan kelar sedikit. Gaul ikan dengan garam dan sebuk lada putih. Letak dalam bekas stim yang sesuai dan ketepikan.
  • Panaskan bekas kukusan.
  • Tumis bahan-bahan hiris yang bertanda * dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau. Tutup api.
  • Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam bekas stim yang dah ada ikan. Letakkan bahan tu bawah ikan, selit dalam perut ikan dan atas ikan. Tambahkan plum atau asam boi. (plum ni kena pecah-pecahkan sikit supaya rasanya rata dan meresap ke dalam ikan).
  • Masukkan air (ikut suka la nak banyak mana kuahnya) dan garam dan gula. Kalau guna asam boi yang manis, letak lemon juice sikit to blend the taste of masam manis dan masin.
  • Letakkan hirisan sawi masin, lobak masin dan cendawan shitake atas ikan dan titiskan minyak bijan (dalam chinese food, minyak bijan is compulsory ingredients).
  • Stim sampai ikan masak.

Tips:

  1. Ikan kukus kena guna ikan segar. Kalau ikan yang dah kurang segar, lebih baik buat tiga rasa dan masam manis.
  2. Stim ikan ada berbagai stail dan cara. (Chinese, Thai, Lemon, Nyonya, Asam Pedas dll). Boleh pelbagaikan mengikut kegemaran masing-masing.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Salmon Goreng Kicap Manis

Resepi Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *