Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Paling Lazat – Selamat petang semua… Hujan masih membasahi bumi kepala batas sejak awal pagi. Alhamdulillah..terasa nyaman dan sejuk sekali. Okey… tak mau citer panjang lebar, banyak keje umah sedang menanti. Kembali pada tujuan asal. Menu saya pada ahad lepas. huhuuu… Tak sempat nak buat tayangan awal-awal. Hari ni baru berkesempatan. Penggemar tom yam mestilah cakap sedap kan,ka, kan… hihihi… Memang sedap. Kalau takcaya sila ler cuba sendiri pasti puas hati. Boleh masuk list untuk menu bulan puasa nanti.

Ikan siakap goreng dan curah dengan kuah home made pes tom yam. Something different for ikan siakap yang selalu saya buat tu asik-asik tiga rasa, masam manis dan kukus jer. Kali ni cuba dengan perasa tom yam pulak. Hhmmm… sedap, makan pulak dengan nasik panas-panas sehingga menjilat jari tau! Saya guna home made pes tom yam, jadi rasa memang ikut tekak kita la kan, tak pedas sangat. Pernah beli yang ready made tu ya Rabbi, pedasnya! sudahnya sebotol besar tu jadi rezeki kawan. Resepi home made pes tom yam tu, kalau ada yang nak mencuba buat sendiri. Kita simak ajer resepinya.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang besar – hiris bulat
  • 4 bji bawang merah – dicincang
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 1/2 inci halia – dicincang
  • 15 biji cili padi – dititk,
  • 2 btng serai – dititik,
  • 1 biji tomato – di belah 6
  • Daun ketumbar daun limau purut
  • 1/2 batang lobak merah – hiris panjang
  • 1 mangkuk kecil brokoli
  • 1 kiub pati tomyam
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya je – boleh guna jus limau nipis dalam 2 sudu besar
  • 3 sudu besar sos nampla/sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 1 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara-cara Membuat:

  • Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan bersama garam. Salutkan sedikit tepung jagung dan goreng hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  • Tinggalkan dalam 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga naik bau. Masukkan serai dan cili padi yang di ketuk.
  • Masukkan air dan pati tomyam. Biarkan mendidih.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, lobak merah, daun limau purut, jus limau nipis dan bancuhan tepung jagung. Biar kuah pekat dan tuang ke atas ikan yang digoreng tadi.
  • Taburkan daun ketumbar, siap untukk dihidang.
  • Makan dengan kailan dan telur dadar pun sedap.

Sila cuba resepi yang saya telah kongsikan di atas. mungkin boleh jadi untuk rujukan memasak semua. Jangan lupa untuk berkongsi juga yaa… Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Kerabu Ikan Tongkol yang Mudah dan Sedap

Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *