Assalamu’alaikum…

Kalau ikutkan hari ini, saya memang tiada plan untuk memasak tetapi Mariana menghantar mesej WhatsApp menanyakan kalau mahu memasak untuk makan malam. Kalau hendak memasak, dia menyuruh saya singgah di kedai runcit membeli daging untuk dibuat sup dan ikan selar kuning untuk digoreng. Ikan jenis kecil di kedai runcit semua nampak tak segar. Yang nampak segar hanyalah ikan siakap. Jadi saya beli seekor dengan harga RM16.00. Bila ikan siakap, terfikir di hati tak kan lah nak goreng garam kunyit jer. Kalau ikut Mariana, dia hendak goreng sahaja. Jadi bila saya buat keputusan untuk memasak Ikan Siakap Tiga Rasa, terpaksa lah saya sendiri yang memasaknya. Hmm hajat hati nak berehat sebelum solat Maghrib terpaksa dilupakan.

Saya pun mula lah menengok resepi mana yang hendak digunakan. Banyak bahan yang tak dimasukkan kerana tiada stok. Jadi saya masak main letak jer ikut apa yang ada di dapur. Tapi serious sangat sedap Ikan Masak Tiga Rasa ini, lebih lebih lagi saya menggunakan ikan siakap yang sangat segar. Seronok melihat Hubby meratah kepala dan ekor ikan. Manakala Alain pula meratah bahagian perut ikan. Kiranya seekor ikan ini, sesuai untuk hidangan kami seramai 6 orang.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat berbaloi memasaknya sendiri. Maklum kalau ikan seperti yang saya masak hari ini, harganya pasti tidak kurang dari RM70-80 jika dimakan di restoran atau kedai makan. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba semua…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

Bahan untuk Menggoreng Ikan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit

Bahan untuk Kuah:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Dain bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  • Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
  • Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat.
  • Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  • Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  • Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  • Hiasakan dengan daun bawang.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa ini boleh dihidangkan untuk 5-6 orang dan semoga anda selalu senang berkunjung di blog saya ini, terima kasih.

Read More: Resepi Kari Ikan Bawal Paling Istimewa

Incoming search terms:

Resepi Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa Paling Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *