Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap Goreng Masam Pedas Manis – Suka makan ikan siakap? Ikan siakap adalah ikan kegemaran ibu saya. Saya pun sukakan ikan siakap ni, lagi-lagi kalau digoreng garing sedikit. Ikan siakap goreng dan curah dengan kuah home made pes masam pedas manis…. something different for ikan siakap yang selalu saya buat tu…. asik-asik tiga rasa, masam manis dan kukus jer.

 

Kali ni cuba dengan perasa masam pedas manis pulak… hmmmm sedap, makan pulak dengan nasik panas-panas….sehingga menjilat jari tau! saya guna home made pes masam pedas manis, jadi rasa memang ikut tekak kita la kan, tak pedas sangat…pernah beli yang ready made tu ya Rabbi, pedasnya! sudahnya sebotol besar tu jadi rezeki kawan. resepi home made pes masam pedas manis tu saya pernah tepek kat sini ya, kalau ada yang nak mencuba buat sendiri.

Baca Juga: 

 

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan cincang halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan dihiris halus:

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi

Bahan-bahan sos:

  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum – guna sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 1 sk kicap manis

Cara-cara:

  • Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
  • Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
  • Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Tips:

Ok, berbalik kaepada tips untuk menguruskan ikan siakap sebelum dimasak atau digoreng, disini saya sharekan tips untuk anda agar proses memasak anda menjadi lancar dan memudahkan.

  • Semasa anda menyiang dan membersihkan perut ikan, anda akan dapati terdapatnya salur seperti tube didalam perut ikan siakap ni. Anda perlu keluarkan tube terseut untuk mengelakkan ia menggelembung dan meletup di semasa proses menggoreng. Sekitarnya terlupa, hati-hati ketika menggoreng kerana ianya boleh meletup pecah semasa menggoreng dan dikhuatiri minyak panas terkena muka atau mata atau mana-mana bahagian kulit.
  • Merendam ikan terlebih dahulu dengan asam jawa untuk mengurangkan sebarang bau anyir. Rendam dalam 5 – 15 minit sudah memadai, kemudian basuh bersih.

Ok jom tengok resepi ikan siakap goreng masam pedas manis yang mudah, dan semestinya sedap! Kalau makan ni, lepas 15 minit kejap je tinggal tulang 🙂 . Memang penggemar ikan.

Saya berharap apa yang saya telah berkongsi boleh memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba 🙂

Read More: Resepi Ikan Kerapu Tiga Rasa Lazat Ala Thai

Resepi Ikan Siakap Goreng Masam Pedas Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *