Assalamu’alaikum…

Cuaca tempat anda macam mana?…Hmm, hari ni saya kena cuci kembali baju yang tak berjemur semalam, sebab dah ‘basi’. Takpelah mesin yang cuci yea tak. Plan masak apa hari ni?… Bila sampai masa nak memasak, ada kala pening juga kepala, buntu. Apa kata hari ni masak Ikan Siakap Goreng ala Thai macam yang saya masak ni…errrr yang ni masak semalam sebenarnya. Tapi atas kekangan masa, saya letak untuk entri hari ini. Kalau anda tak gemar ikan siakap, itu tak jadi masalah, anda boleh tukar ikan lain yang anda gemar, ikan merah pun sedap, tapi guna ikan merah yang saiz sederhana.

Sebab penduduk rumah saya tak ramai, saiz ikan yang saya masak pun sederhana saja, atau boleh dikatakan kecil. Sebenarnya saya nak letak nenas dalam resepi ni, tapi nenas habis pulak. Kalau anda buat dan nak letak nenas pun boleh, toksah letak banyak sangat, dalam 1/3 cawan nenas yang didadu kecil sudah cukup, kalau dapat pilih nenas yang manis.

Kalau suka pedas boleh titikkan 2-3 biji cili padi. Tips untuk anda menyediakan hidangan sebegini dengan lebih cepat, ialah anda siapkan sosnya dulu. Kemudian anda goreng ikan hingga garing dan curah sosnya. Satu lagi ia sedap dimakan segera, boleh buat kan?..alaa memang tak susah…meh sini saya kasi resepi. Jom tengok resepi bawah ini…

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan siakap yang telah di bersihkan.
  • 1 biji bawang holland di potong kasar
  • 3 biji bawang putih di ketuk dan dicincang
  • 1 biji cili benggala merah di dadu
  • 2 batang serai di hiris halus
  • 1 inci halia di hiris mancis
  • 5 biji cili api di ketuk
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 biji jus lemon
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun ketumbar

Cara-carannya:

  • Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan bawang holland, serai, halia dan gaul rata.
  • Masukkan santan pekat bersama sedikit air. Agak-agak banyak mana kepekatan dan kuah yang kita nak la yer.
  • Masukkan cili api, cili bengala, sos ikan, jus lemon, garam dan juga gula. Perasakan semua bahan cukup masam, manis dan masinnya.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang di kerat kasar ke dalam kuah. Biarkan mendidih.
  • Bila semua sudah cukup masak. Mati kan api. Tuangkan kuah tadi ke atas ikan siakap.
  • Siap untuk di hidang.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Lazat

Resepi Ikan Siakap Goreng ala Thai Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *