Assalamu’alaikum…

Ikan Siakap Bakar ni adalah hidangan makan tengahari yang telah saya sediakan pada minggu lepas. Kalau hari Jumat ni biasanya saya akan sediakan lauk pauk yang special sikit la…dan saya memang enjoy dok lama-lama kat dapur ni. Mulalah dok belek-belek buku resipi. memang betullah kata Che Mat Gebu, dapur itu duniaku. Sebenarnya dah banyak kali saya buat ikan siakap bakar berempah ni. Cuma tak sempat nak snap pic je. Ari ni baru terasa nak share di sini.

Memang puas hati makan ikan bakar fresh ni, kena pulak dengan nasi panas-panas makan sampai bertambah-tambah le jawabnya lagi satu sungguh menjimatkan. Kalau order kat restoran mau dekat RM 40 sekor, silap hari bulan kena ketuk sampai RM 50 sekor. Sedangkan modalnya tak sampai pun RM 15, cuma perlukan kerajinan jerrr. Tapi kalau dah kena penyakit M (malas) hehehe….ermmm tak dapek den nak nolong. Bagi yang belum pernah masak ikan siakap bakar berempah ni saya syorkan eloklah menerainya, tak rugi sedap hingga menjilat jari.

Sebelum ni saya guna ikan pari, pun sedap jugak. Guna ikan siakap lagiiiiii lah sedap. Time bakar tu harumnya memang mengguda jiwa. Ikan ni kalau masak tuk berbuka posa gerenti licinnn. Selalunya kalau bulan posa saya akan masak bahan-bahan tumis tu awal lagi. Senang nak sesuaikan rasanya, pastu boh dalam peti ais. Time nak bakar ikan tinggal perap jer, senangkan….ikan bakar ni memang dah masuk menu list untuk berbuka posa bagi kami sekeluarga. Jom semak resepinya…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap segar*
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai di titik saja
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 kuib knorr ikan bilis
  • 1 biji buah tomato
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan bertanda (*) dikisar halus

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak di kuali letakan 2 batang serai yang di titik.
  • Tumiskan bawang kisar dan cili kisar bersama knorr. Goreng hingga cili nya masak letakan garam dan gula secukup rasa.
  • Di dulang pembakar, letakan aluminium foil dan daun pisang.
  • Letakan ikan nya dan buah tomato hiris. Tuangkan sambal dan balut ikan nya. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
  • Letakan ikan dan panggang selama 20 minit. Bila sudah masak, buka dan panggang ikan pada api atas untuk 8 minit.
  • Sajikan dengan perahan jus limau kasturi.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum dan Sedap ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa Paling Mudah dan Lazat

Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *