Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai – Sedapnya rasa ikan siakap apalagi versi goreng boleh membuat anda melayang sampai ke langit. saya sendiri sangat suka ikan siakap. Bahkan, setiap weekend selalu membeli di restoran.

Untuk resepi ini saya menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal. Ikan masak 3 rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia. Namun, sebenarnya saya juga boleh membuatnya sendiri di rumah. Namun, kerana saya sudah bekerja jadi tak pernah memasak ikan kegemaran saya ini.

Sekarang kita balik ke ikan siakap goreng 3 rasa ala thai yang saya masak beberapa hari lalu. Pasti anda ingin tahu bagaimana cara membuatnya bukan? Jom kita tengok resepi yang sangat lazat berikut ini.

Bahan-Bahan Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai:

  • 1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
  • 100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
  • 2 sb minyak – untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:

  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum – guna sos ikan
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 1 sk kicap manis

Cara Memasak Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai:

  • Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  • Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
  • Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  • Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
  • Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
  • Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  • Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!!!

Read More: Resepi Cara Membuat Bubur Ikan yang Lazat

Incoming search terms:

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *