Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Sambal Bunga Kantan yang Sedap Sangat – Apa khabar semua? Harap semua yang sudi singgah di blog saya ni sihat-sihat semuanya ya. Terima kasih pada follower yang makin bertambah. Love u all semua… Tiada apa yang dapat saya berikan selain ucapan ribuan terima kasih sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. Yang tak follow tapi selalu jenguk-jenguk sini terutama silent reader pun thanks jugak ye, sayang kalian semua. Tanpa kunjungan kawan-kawan semua, siapalah saya ni kan.

Okey dah abis modal.. hehehe… jom tengok resepi ikan marbeles ni. Kawan-kawan kena perhati ye, kalau masakan yang saya cakap sedap ker, marbeles ker, super delicious ker?…tu maknanya memang sedaplah tu kat tekak saya. Tapi kalau resepi-resepi percubaan yang tak dipuji tu, maknanya rasanya so so jelah. hehehe… Tapi jangan silap faham pula. Kurang sedap di tekak saya bukan bererti lauk tu tak sedap di tekak kalian. Dan yang sedap di tekak saya pun, bukan bermakna lauk tu sedap ditekak kalian. Mungkin juga selera kita tak sama kan. Jadi kenalah cuba sendiri barulah tau sedap atau tak. Bak kata mak saya, kalau sedap makan banyak, kalau tak sedap makan sikit. hihihiiii…

Lauk ni dah 2 kali saya masak. Kalau ada ulangan tu bermakna lauk tu sedaplah. Kali pertama memang sedap. Kali kedua ni, nampaknya bertambah-tambah sedap pulak. Tak taulah kenapa, mungkin kali ni letak bunga kantan lebih sikit kot. hehehe… Yang dulu tu kedekut bunga kantan maklumlah bunga kantan kan mahal. hehehe… Kali ni bunga kantan free dari kampong, tu yang mewah bunga kantan tu.

Dah jom salin resepi. Sapa tak cuba memang rugi. Nama asal resepi ni Ikan Sumbat Bunga Kantan.. tapi kali ni saya tak sumbat ikan tu, hanya goreng macam tu je pastu terus gaul dengan sambal tu. Jadi tak sesuaila nak guna perkataan sumbat tu kan. Kali ni guna ikan kerisi, terima kasih empunya asal resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kerisi, siang dan cuci bersih* – saya guna Ikan siakap yang sedang
  • Sedikit serbuk kunyit*
  • Garam secukup rasa*
  • Serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 20 minit)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan bunga kantan untuk hiasan
  • 4 biji limau kasturi
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar Kalus:

  • 5 biji cili merah
  • 6 biji cili padi – saya tak letak
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 labu bwng besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Secubit belacan
  • 1 camca besar udang kering, rendam dan toskan – saya ganti dengan ikan bilis

Cara Membuat:

  • Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan, letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  • Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali perahkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  • Curah sambal tadi atas ikan goreng dan hias dengan hirisan bunga kantan dan hidangkan segera. Hhmmm… Sedaaaapnyyeee….

Selamat mencuba dan semoga berjaya….

Read More: Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup yang Mesti Cuba

Resepi Ikan Sambal Bunga Kantan yang Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *