Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Salmon Gulai Spesial Lazat – Dah lama tak menaip resepi. Semalam keluar berdua ngan Reihan sebab nak renewe lesen yang sebulan expired. Hahahaha sebulan expired baru teringat . Masa tak ingat bawak kereta merata, bila dah ingat mata dok melilau takut kena tahan polis. Bila dah keluar semalam kat AEON tu, Pejabat pos kat AEON je, so boleh lah singgah kat supermarket. Saja , terapi tu kalau masuk supermarket.

Mula-mula ingat nak beli lala, tapi tengok lala macam tak happy je muka dorang sekali kat sebelah tu nampak kepala ikan salmon fresh lagi. Sekilo 29.99, amik dua keping dapatlah RM14. Catikk nih buat kari memandangkan semua suka makan kari kat rumah kan. Razaq dan muftiana dah jadi macam mama dorang lah, kalau makan kari mesti kuah banjir. Saya kalau makan kat kedai mamak, makan nasi daun pisang, mintak kuah banjir, mamak yang tuang kuah tu, geleng kepala sambil bulat mata tengok banjirnya kuah atas nasi. hahahha… Memang suka makan kari kan. Tu belum kuah asam pedas lagi.

Okey, meh kita citer pasal kari kepala ikan salmon. First time ni masak kari kepala ikan salmon sebab selalu rasa macam pelik je bila pikir kepala ikan salmon masak kari kan. Tapi semalam bila dah masak, kena dengan pedas kari, rasa asam dia, mmmm subhanallah memang sedap. Rasa lemak ikan sangat sesuai dengan pedas kari. Rempah kari tu , Saya gua yang takde jenama pun, beli yang timbang kati kat pasar tani MAEPS. Rasa rempah kari ni sedap. Lagi sedap dari yang jual kat kedai. Okey lah ini resepi dia. Sama je dengan kari lain tapi biarlah kita share kat sini.

Baca Juga:

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.
  • 2 bungkus rempah kari ikan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 8-10 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili merah – terpulang ikut kepedasan masing-masing.
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  • Bancuhkan serbuk kari bersama 2 cawan air dan pes asam jawa kemudian ketepikan.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halba campur sampai naik bau. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.
  • Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.
  • Tambahkan air mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan kacang bendi dan tomato dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.
  • Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.
  • Siap dan hidangkan.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Cara Memasak Ikan Salmon untuk Ibu Hamil

Resepi Ikan Salmon Gulai Spesial Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *