Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Salmon Goreng Kicap Manis – Hari ni masak simple-simple jer coz lunch tadi ada jemputan makan-makan kat umah jiran tetangga kat sini yang non muslim. Dah ada jemputan kena juga lah pergi kan walaupun berat sangat ati nak pergi, bukan apa risau pasal bab makan jer la. Tapi alhamdulillah diorang ni faham agama islam so, diorang taula apa yang kita boleh makan dan tak boleh makan.

Diorang masak ikan salmon, ikan panggang, ubi kentang, roti , salad dan finnish traditional food yangg dibuat daripada carrot dan potato jer dan tak ada hidangan air arak. Setiap menu makan tu dimaklumkan dulu bahan yang digunakan dan dimasak. Memang rasa terharu juga diatas semangat kejiranan yang diorang tunjukkan. Bukan setakat jemput makan saja tapi kasi hadiah lagi dan itulah budaya mereka.

Actually sebelum pergi tadi dah isikan perut makan kat umah dulu dah. Nanti tak ada lah lapar sangat dan makan tak ada lah nak makan banyak-banyak kan??? So…saya masak Salmon Goreng Kicap Manis jer lah hari ni, nak abiskan stok ikan salmon yang berbaki hari tu. Sedap juga bila salmon ni di goreng dan dilumur dengan cili ni, bahan dan cara masak pun simple jer. Maybe ramai yang dah tau kan, coz senang sangat nak buatnya.

Bahan-bahan:

  • 2 kepingan ikan salmon, kira-kira 300g setiap satu
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar minyak
  • ½ inci halia, dihiris
  • 2 bawang merah, dihiris
  • 2 biji bawang putih, dihiris
  • 2 cili merah, dihiris
  • Jus dari 1 limau
  • 1 sudu besar daun bawang, di potong kecil untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

  • Perapkan ikan dengan garam.
  • Kemudian, panaskan 1 sudu teh minyak dan goreng ikan selama kira-kira 3 minit setiap belah.
  • Tutupkan api dan letakkan ikan di atas pinggan.
  • Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk. Goreng bawang, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi.
  • Tambahkan kicap manis dan biarkan mendidih. Tambahkan cili dan jus limau, kemudian garam secukup rasa.
  • Tuangkan sos ini ke atas ikan salmon dan hiaskan dengan daun bawang.
  • Hidang dengan serta-merta.

Tips:

  • Ikan salmon sudah cukup masak apabila dagingnya senang dikopek, walaupun warnanya kelihatan mentah.
  • Berhati-hati supaya tidak berlebih memasak ikan salmon. Apabila bintik-bintik putih seperti putih telur kelihatan pada permukaan ikan, ini bermakna bahawa ikan salmon terlalu masak.

Senang saja kan? Selamat mencuba kepada kawan yang bertanyakan resepi ini kepada saya. Jangan tak cuba pulak, penat saya taip ni.

Read More: Resepi Laksa Penang Paling Mudah dan Sedap

Resepi Ikan Salmon Goreng Kicap Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *