Assalamu’alaikum…

Salam sejahtera dan ceria selalu hendaknya pada pengunjung saya yang dihorsayati. Hari ini saya entry kan pula Resepi Ikan Rohu Goreng Berapi Sedap yang saya buatkan pada hari Isnin yang lalu. Resepi tertunggak, tapi untuk rujukan anak-anak saya catitkan juga diblog ini, semoga mempermudahkan mereka untuk memasak ketika berada berjauhan. Kepada anda yang tengah mencari idea memasak, anda juga dialu-alukan untuk mencuba resepi ini.

Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog saya yang tidaklah seindah dan sesempurna saperti blog lain yang sering anda kunjungi. Walaupun saya masih setia menanti dan mengalu-alukan kunjungan anda di alam maya ini. Semoga persahabatan dan perkenalan kita dialam maya ini, akan mendatangkan kerahsayatan yang berkekalan.

Semenjak dua menjak ini saya sering sekali memasak ikan rohu pancingan. Kerana apabila saya pergi memancing, ikan rohu le yang selalu saya dapat. Resepi masakkan kali ini, saya masakan ikan rohu pancingan saya dikolam, yang saya pancing pada hari Minggu yang lalu. Separuh ikan ini, saya dah pun bakarkan.

Seronok memancing disana macam pesta, kolamnya ada 4 buah semuanya. Bayaran masuk tak lah mahal, cuma RM 10 untuk 8.30 pagai- 1.00 tengahari dan dibenarkan bawa 2 joran setiap seorang, tanpa bayaran tambahan pun. Memancing dikolam ini ada 2 sessi pagi dan petang. Tapi sekarang musim hujan, mungkin disebelah petang kurang le pemancing. Saya pergi kesana bersama anak menantu saya yang tinggal dimanjung.

Berbaloi memancing disana, saya dapat ikan rohu beratnya 2.6 kilo. Tapi yelah saya terlupa pulak nak snap gambar suasana dikolam tu, asyikkan memancing semuanya terlupa, siap kami berkelah lagi ditepi kolam tu. Suasana kolamnya bersih dan berjaga seronok. Lain kali pasti saya akan pergi lagi.

Kolam disini katanya kolam air lalu, tidak saperti kolam pancingan yang lainnya, kebanyakannya kolam air bertakong. Jadinya ikannya tidak berbau lumpur pun, sebab tu le pemancing bangsa Cina suka memancing dikolam nie. Kolam pancingan tu dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad serta Public Holiday sahaje. Dibawah nie saya sayasukkan gambar ikan rohu pancingan saya tu.

Jom mari kita jenguk resepinya pula.

Baca Juga:

Bahan-bahan:

  • 4 – 5 keping ikan rohu (atau apa-apa ikan pun boleh)
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Air asam jawa (untuk rendam ikan)
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam, aji dan gula secukupnya
  • Minyak masak
  • Sedikit air

Bahan-bahan tumbuk halus:

  • 35 biji cilipadi (campur merah dan hijau)
  • 3 biji cili merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 7 – 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara penyediaan:

  • Ikan dicuci bersih kemudian direndam dengan air asam jawa selama 15 minit.
  • Cuci dan tos. Gaul bersama garam dan kunyit lalu digoreng garing.
  • Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan-bahan tumbuk serta serai sehingga agak garing dan terbit minyak.
  • Masukkan sedikit air, asam gelugur, garam, gula dan aji. Biar secukup rasa.
  • Masukkan ikan dan gaul rata.
  • Setelah masak dan rasa pun cukup, tutup api dan bolehlah dihidang. Memang berapi!!!

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Belut Goreng Berempah

 

Resepi Ikan Rohu Goreng Berapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *