Assalamu’alaikum…

Ikan Percik Terengganu Style adalah antara lauk yang cukup disukai oleh kami sejak dari kecil. Saya belajar memasak sendiri ikan percik dari sekolah rendah lagi. Masa itu, semua terpaksa dibuat dengan menumbuk cili kering yang direndam sehingga lumat. Itulah bab yang paling saya tak suka.

Kalau mahu cepat lumat, masukkan sedikit garam kasar. Kata kakak saya, zaman dulu, sambal percik yang ditumbuk terus dilumur pada ikan sambil dibakar dengan tak perlu dimasakkan terlebih dahulu pun.

Haaa… yang ini pula Ikan Percik Terengganu Style yang dimasak untuk lauk makan tengahari kami hari ini yang dimasak oleh kakak saya, Cik gu Fatimah. Bila dah lama tak makan ikan percik Terengganu ni, memang sangat sangat lah terasa sedapnya.

Jom layan gambar gambar dan resepinya. Jom…

Bahan-bahan:

  • 4-5 ekor ikan kembong/ikan yang sesuai
  • (1 sudu kecil garam + 1 suku kecil kunyit serbuk untuk dilumur pada ikan)
  • 15 biji cili kering* – buang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • (bahan bertanda* dikisar halus)
  • 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 inci lengkuas – dihiris nipis
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 1/2 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa diambil santan pekat
  • Minyak secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara Menyediakan:

  • Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang hingga masak dikedua-dua belah. (saya guna pemanggang ajaib)
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur dan santan. Biarkan merenih sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
  • Bila ikan dah masak, buka penutup pemanggang dan curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
  • Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
  • Kuah lebih boleh hidang sebagai kuah tambahan.

Terima kasih banyak kawan, kerana telah sudi berkunjung dalam blog ini untuk menengok resepi yang sedap ini. Semoga apa yang dah kita laukukan dapatkan pahala dari Alloh. Aamiin… Kerana dah saling berkongsi elmu yang bermanfaat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Talapia Goreng Masak Sambal yang Patut Cuba

Resepi Ikan Percik Terengganu Style

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *