Assalamualaikum…

Resepi Ikan Pekasam Paling Goreng Mudah – Masa mula-mula kawen dulu bila tau suami suka makan pekasam mula la gelabah. Sebab memang tak tahu cemana nak goreng pekasam nih. Lagi-lagi sebab memang dah tahu yang pekasam ni bau nya “tudia,,,!!” Hehehe… Yang kelako nye suami pun cuma pandai makan je, goreng pekasam tak reti. Hahaha…

Suami saya kata ini pekasam paling sedap la. Beli kat pekan beruas kedai depan pasar tu. Pekasam ni memang dia letak dalam balang. Bukan dia bungkus siap-siap macam pekasam lain tu. Orang nak beli dia seluk gitu je. Hehehe…

Saya dok bayangkan dah,mesti orang yang jual tu pasrah je bila nampak muka suami saya, pi kedai dia..mesti hati gundah gulana nak menyeluk balang pekasam tu. Hahaha… Nak menggoreng pekasam ni sebenarnya tak payah basuh beras-beras yang biji-biji kat ikan tu. Keluarkan je dari bekas dia dah boleh goreng.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • Ikan: Lazimnya ikan pekasam diperam menggunakan ikan air tawar. Tapi tiada masalah andainya anda hendak menggunakan ikan laut seperti ikan gelama. Ikan mesti dibersihkan dengan sebersih bersihnya kerana khuatir ia jatuh pada hukum najis. Perut ikan pula mesti dicuci sehingga bersih. Ini untuk mengelakkan ikan dihurung lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
  • Garam: Sekilo Ikan = 100 gram garam.
  • Beras: Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai ia menjadi sederhana hancur.
  • Asam keping: Ada orang tidak gemar meletakkan asam jawa atau asam keping kerana kadang-kala beras yang ditabur pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terserah pada anda.

Cara-cara membuat:

  • Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam.
  • Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman.
  • Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
  • Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
  • Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
  • Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
  • Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Read More: Resepi Ikan Kembung Goreng Berlada

Resepi Ikan Pekasam Goreng Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *