Assalamu’alaikum…

Di dalam entri saya berkenan dengan Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak, saya telah menerima banyak komen dari pembaca, terutama dari Temerloh, berhubung dengan resepi asli yang hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja. Dikatakan juga keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya.

Masak tempoyak ni kena reneh lama bagi minyak dari lemak ikan tu kuar baru la sedap…kuah tak perlu pekat-pekat sangat….biasa-biasa je…ikan jangan dikacau…bak kata orang temerloh…kuah kita ‘ timbuk-timbuk kan’ aje…kalau boleh biar pedas sikit dan sesekali jangan letak gula…ikan tu kan fresh..dah manis so kalau letak gula memang  tak original taste…hehehehe macam-macam kan…terpulang sebenarnya….ikot sape yang masak dan sape yang mak makan…kebanyakan kt kedai-kedai area temerloh ni pon da campur-campur resepi…

Kadang-kadang tu macam-macam menda ada dalam masak tempoyak patin diorang….tapi kalau tak percaya resepi original ni jugak la yang sedap… Carilah kedai yang glamer dengan harga ikan patin yang mahal sampai masuk akhbar dulu-dulu tu…kedai tu buruk je tapi juadah dia meletop…kedai tu jual ikan patin ori punya…sultan Pahangpon pernah datang makan situ….akupon pernah rasa dan hidangan patin dia so simple….tapi sedap giler-ngiler….so kesimpulannya ikot selera kan…

Okeylah panjang beno ceritanya ye…sesape yang nak cuba masakan yang simple…masak tempoyak patin ni adalah salah satunya….tapi bagi yang makan ikan ni la kan…sebab ramai gak yang tak suka ikan sungai ni….yang penting bukan kolam punya….kalau tak makan ikan sungai boley je buat masak cam ni guna ikan kembong ke..sedap je….

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin buah, dipotong ikut suka hati.
  • 400gm tempoyak, dikisar.
  • 10 biji cili padi, dikisar
  • 2 ruas jari kunyit hidup
  • 20 helai daun kesum
  • 1 helai daun kunyit, dicarik
  • 500 ml air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  • Masukkan tempoyak bersama bahan kisar, daun kesum, daun kunyit dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  • Setelah itu, masukkan ikan patin dan kacau rata.
  • Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Jom masak Ikan Patin Masak Tempoyak hari ini, mesti menyelerakan untuk anda seisi keluarga yang gemarkan resepi ini.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Kembung Singgang Tempoyak Simple

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *