Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal Kegemaran Keluarga – Salam semua, kali kena ikan bakar pulak!.. Lama betul tak kena ikan bakar. Cubaan memasak kali ini menggunakan microwave saja senang, bersih dan tak bersepah. Ikan pari ini dibungkus dengan daun pisang, kemudian dilapikkan dengan ‘aluminium foil’ dan dibakar didalam ketuhar dalam mode “Grill” selama satu jam, jadi sementara menunggu ikan masak, bolehlah masak lauk lauk lain.

Menu ikan memang sudah menjadi makanan kegemaran kita semua. Entah itu ikan air tawar atau air laut semuanya sedap untuk di makan. Salah satu cara menyantap ikan adalah dengan cara dibakar dan saya juga sangat suka dengan ikan bakar. Apa anda tahu, jika kandungan gizi ikan lebih baik dari daging / sossis. ada banyak cara memasak ikan seperti resepi ikan bakar portugis dan resepi ikan bakar berempah.

Memasak ikan boleh juga digoreng namun jika digoreng kandungan pemakanan di dalam ikan tersebut boleh hilang. Biasanya kita membeli ikan di restoran dan ikan bakar direstoran pasti sangat sedap. Namun, anda juga boleh membuat sendiri di rumah. anda boleh mengajak keluarga memasak bersama ketika weekend serta sekaligus boleh menambah kesepaduan keluarga.

Saya suka bakar ikan pari sebab tak banyak tulang dan rasa puas makan. Selain ikan pari ikan kembong, terubuk, cencaru, ikan merah, udang dan sotong juga sedap di masak begini. Kepada yang ada pemanggang ajaib tu masa ni la kita guna dia, senang tak sememeh dapur. Jom tengok segere resepi kat bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 potong ikan pari – saiz sederhana
  • 8 biji bendi
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 biji bawang besar – dipotong bulat
  • 4 sdb cili kisar – semak resepi cili kisar saya
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1/4 sdt pes asam jawa extra – saya pilih adabi
  • 6 sdb minyak masak
  • 1/2 cawan air – boleh tambah jika perlu
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Aluminium foil untuk balut ikan

Cara-cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Jangan sampai hangit yer. Agak-agak nak garing tu boleh masukkan air.
  • Masukkan pes asam jawa extra dan kacau hingga mendidih.
  • Perisakan dengan gula dan garam. Gula tu masuk sesudu dulu. Garam masuk secubit dulu.
  • Kacau dan rasa. Kalau tak cukup rasa, ulang step sama untuk gula atau garam yer. Jangan masuk banyak-banyak terus. Nak repair kang susah. Ngeee…
  • Biar kuah sambal pekat sedikit, lepas tu boleh tutup api. Nanti lepas bakar, kuah akan jadi lebih pekat. So agak-agak la dulu masa kuah sambal dok dalam kuali tu ok.
  • Lumur ikan pari dengan serbuk kunyit dan garam. Susun cantik-cantik dalam aluminium foil yang diletak dalam talam.
  • Curah kuah sambal ke atas ikan pari dan balut dengan aluminium foil tu yer. Jangan ketat sangat, biar ada ruang selesa untuk ikan tu (konon).
  • Panaskan oven dahulu yer. Kemudian bakar ikan dengan suhu 180 C selama 30 minit.
  • Lepas 30 minit, buka aluminium foil tu dan masukkan bendi dan bawang besar yang dipotong bulat.
  • Bungkus semula dan masukkan balik dalam oven. Bendi dan bawang akan masak dalam oven yang masih berhaba.

Tips:
Pastikan anda tidak menggunakan api yang terlalu kuat ketika memanggang ikan kerana untuk mengelakkan dari iklan dari terlebih masak, ini akan menyebabkan ikan kehilangan lembapan dan menjadi terlalu kering atau keras.

Setelah tengok resepi nak atas tadi jadi ingin buat kan?… Segera buat untuk keluarga anda dirumah la… Selamat mencuba… 😉

Read More: Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas yang Patut Cuba

Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal Kegemaran Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *