Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Masak Sos Plum Sedap dan Ringkas – Pagi tadi belanja ke supermarket bersama suami beli barang-barang dapur. Masa jeling-jeling ikan nampaklah ikan siakap. “Hmm…masak ikan siakap pun best ni” hati berkira-kira. Saya pun menjeling suami sambil berkata “siakap bang”. Pilih punya pilih dapatla 4 ekor ikan siakap yang sederhana besarnya. Dalam kepala duk terbayang-bayang nak masak ikan siakap dengan sos plum.

Sambil tu saya beli juga udang (cadangnya untuk masak goreng kunyit) dan sayur-sayuran. Ikan siakap ni saya goreng saja, kemudian dituang sos keatasnya. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Ikan goreng sos plum jadi salah satu pilihan hidangan bersantap dinner malam tadi. Ikan tu ada yang fillet dan ada yang sekor besar. Masak dua ekor sebab ramai nak makannya. Yang fillet tu hidang untuk anak-anak. Senang diorang nak makan sebab dah takde tulang. Disebabkan macam-macam nak dimasak, sos ikan ni saya sediakan lebih awal. Dekat-dekat nak mau dinner baru goreng ikannya.

Okey jom kita tengok resepi Ikan siakap goreng bersos plum ni.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Daun ketumbar atau daun bawang, untuk taburan

Bahan Untuk Kuah Sos Plum:

  • 1/2 cawan sos plum
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 Tin nenas dalam tin
  • 1 inci halia muda, hiris nipis memanjang seperti mancis
  • 1 biji bawang besar, potong membulat atau wedges
  • 4 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 biji limau nipis, perah jus

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan cukup untuk ‘deep fry’ ikan siakap.
  • Bersihkan ikan, sapu sedikit garam dan salut dengan tepung jagung.
  • Goreng sehingga masak dan garing.

Cara-Cara Membuat Sos Plum:

  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia muda sehingga naik bau.
  • Masukkan sos plum, sos cili Thai, nenas, jus limau nipis, sos ikan dan cili padi. Kacau sehingga kuah masak. Tambah sedikit air untuk kepekatan kuah yang sesuai.
  • Masukkan bawang besar dan garam secukupnya. Tidak perlu dimasukkan gula lagi kerana sos plum sudah manis.
  • Tuang kuah sos plum di atas ikan siakap goreng dan tabur dengan daun ketumbar atau daun bawang.

Sangat mudah untuk membuat dengan betul kan?…

Selamat mencuba dan berjaya…

Read More: Resepi Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Paling Sedap

Incoming search terms:

Resepi Ikan Masak Sos Plum Sedap dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *