Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kukus Kantan – Kongsi resepi sihat di pagi Minggu. Kalau tak tau nak masak apa hari ni.. bolehlah cuba resepi sihat ni ye. Saya ni pandai je kempen dengan resepi sihat. Tapi sebenarnya saya sendiri pun jarang-jarang masak menu sebegini. Tekak kurang sikit nak terima ikan dikukus macam ni, kalau ayam ok pulak. Hahaha.. Ini pun sebelum dimasak, tanya persetujuan en. suami dulu. Bila dia kata okay barulah saya berani masak.

Bukan apa, takut tak dapat sambutan ramai. Hahaha… Yang kelakar, anak bujang saya si Ismail. Nampak je lauk ni terhidang atas meja dan dan tu juga komplen… alaaa.. ibu masak apa ni? tak sedaplah! (walaupun dia belum cuba lagi dah komplen tak sedap) nampak sangatlah ibu dia tak pernah masak ikan kukus. Hehehe…

Yelah tekak ibu sendiri kurang minat dengan ikan kukus (walaupun ikan feberet ibu) sebab tulah anak-anak pun rasa pelik bila sesekali menu sebegini dihidang atas meja. Usahkan dirumah sendiri, kalau makan kat luar pun memang tak pernah order ikan kukus atau ikan steam… alahaiiii.. Teruk betul kan, taunya selera tu nak makan yang sedap-sedap. Yang bergoreng-goreng aje, macamanalah nak kurus!!!

Okey-lah.. sebenarnya lauk macam ni memang baik untuk kesihatan sebab takde setitik minyak pun digunakan. Untuk menyedapkan hidangan, hidanglah dengan sambal belacan dan ulaman yang disukai. Waktu makan, sempat saya hirup-hirup kuah ikan kukus ni sedap rupanya ada rasa pedas-pedas, masam masin. Harum bau bunga kantan tu yang buat ia lebih sedap.

Kalau suka makan bunga kantan tu, bolehlah dihiris halus-halus ye. Saya belah 4 je sebab taknak banyak sangat ‘bunga rampai’ dalam pinggan tu. Hehehe… Cili & halia hiris tu semua dimakan bersama-sama nasi, barulah dapat rasa kesedapannya. Halia tu bagus untuk buang angin dalam badan. Hmm.. ni sebenarnya operasi nak perhabiskan bunga kantan dalam simpanan. Maka terciptalah resepi ni.. Jom cuba!!!

Baca Juga:

Bahan-bahan:

  • Ikan Siakap yang sederhana besar ( untuk hilangkan Hanyirnya boleh cuci dengan tepung beras dan limau nipis – kalau goreng tak perlu cuci ngan tepung beras )
  • Bawang Putih – 1 Labu
  • Bawang Merah – 1 Labu
  • Halian – i inci
  • 1 Kuntum bunga kantan ( Ni yang membuat aroma siakap tu lain dari yang lain )
  • 1 Biji Limau Nipis-
  • Dua tangkai Daun Ketumbar
  • 2 sudu Sos Chilie
  • 3 tangkai cili padi
  • 2 biji Tomato

Cara-cara masak:

  • Bersihkan Ikan Siakap ( letakkan dalam dulang pengkukus ) ( didihkan air dalam pengkukus )
  • Potong Bawang Besar, Mayang bawang Putih dan Halia – Semuanya di tabur di atas ikan
  • Potong memanjang bunga kantan – taburkab di atas ikan
  • Masukkan sedikit air
  • Masukkan dua sudu sos cili
  • Potong 2 biji Tomato letakkan di dalam dulang
  • Masukkan garam gula secukup rasa
  • Bila air dalam pengukus sudah mendidih baru kukuskan ikan tadi
  • Kukus lebih kurang 15 – 20 Minit
  • Angkat dan taburkan Daun ketumba
  • Resipi siap dan boleh dimakan. Memang Sedap…

Dah masak!
Simple? – yes
Nutritious? – yes
Sedap? kenalah cuba sendiri. Hehehe…

Read More: Resepi Salmon Steak With Lemon Sauce Spesial

Resepi Ikan Kukus Kantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *