Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kukus Halia Ala Chinese – Dalam perjalanan balik, saya meminta hubby singgah di kedai runcit untuk membeli ikan siakap dan bahan bahan untuk dimasak Ikan Siakap Kukus Chinese Style. Masakan stail Chinese ni memang semua simple tapi sangat sedap dengan penggunaan bawang putih dan halia yang banyak. Pendek kata, chinese cooking style memang menyihatkan. Saya sebenarnya kurang menggemari ikan kukus sebab tak suka rasa isi ikannya.

Tapi sejak kebelakangan ini, selera saya mula berubah selepas menikmati ikan Kukus yang sangat sedap masa berbuka puasa bulan Ramadhan yang lalu. Memang sedap dengan rasa bawang putih jeruk yang memang feveret sejak kecil lagi. Selain bawang jeruk, diletakkan juga cendawan. Tapi hari ini, saya tak letak semua itu walaupun mempunyai stok bawang putih jeruk. Bukan apa lah pun. Tapi rashes saya dah berkurangan, jadi tak mahulah makan makanan berasam buat sementara ini.

OK apa kata kita tengok dulu resepi ringkas ini yang saya lupa dari sumber mana yang saya salin dulu. Selain ikan siakap, boleh juga guna ikan bawal putih ataupun ikan kerapu.

Baca Juga:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap / jenahak / kerapu atau apa sahaja – dibersihkan
  • 1 ketul halia muda, dihiris nipis – ikut lah nak banyak mana
  • 1 ulas bawang besar, diracik halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 5-6 biji cili padi, dipotong – optional
  • Daun sup dicincang
  • Daun bawang dipotong

Bahan sos digaul bersama:

  • 2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair – boleh gantikan dengan garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air (atau lebih jika perlu)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu teh minyak bijan

Bahan tumis:

  • Sedikit halia yang diracik
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Sedikit minyak

Cara penyediaan:

  • Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus. Ratakan halia muda, bawang putih dan bawang besar diatas ikan serta letak sedikit didalam perut ikan
  • Tabur cili padi, daun sup dan daun bawang.
  • Panaskan kukusan sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan. Tuang bahan sos yang dikacau sebati.
  • Kukus sehingga masak. sesekali buka penutup, dan kacau sos ditepi ikan supaya rata. Jika mata ikan sudah putih dan lembut tandanya ikan kukus siap masak
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kekuningan. Terus curahkan keatas ikan didalam kukusan tadi. Letakkan juga sedikit minyak tumisan tu. Jangan terlalu banyak.
  • Siap dihidangkan.

Ikan kukus merupakan sajian kemestian dalam mana-mana menu masakan Cina. Rasanya hidangan Cina tidak akan lengkap tanpa ikan kukus. Ikan kukus ala Cina adalah ikan kukus yang paling mudah disediakan dan yang penting berkhasiat dan sedap. Biasanya ikan yang selalu digunakan dalam jenis masakan ini ialah ikan bawal putih, siakap mahupun kerapu.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Cara Memasak Ikan Salmon untuk Ibu Hamil

Resepi Ikan Kukus Halia Ala Chinese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *