Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua…

Hye bersua lagi…nampak tu..rajin tak mellmerah update blog sekarang? heheee… mood ngah ada kan..layan je la… datang angin malas nanti…berkurun la blog ni kesepian. Resepi kali ini pun Resepi Ikan Kerisi Masam Manis Berperisa yang mudah untuk dikongsikan…pada mereka yang sangat sebuk resepi yang macam ni merupakan resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan.

Resepi ni bukan lah resepi original…tapi yang telah di ubahsuai mengikut bahan yang ada dalam peti ais..senang cerita korek korek je apa yang ada… sebab tu la kaler nye sekata je. sayur yang aku guna kan hanya carrot dan ceri tomato je…tapi kalau resepi asal masakan masam manis ni mesti ada nenas, lada benggala, tomato bagi menambah kaler pada masakan.

Ikan nye pula..biasa orang guna kerapu, siakap atau ikan bawal.. tapi sebab aku banyak stok ikan kerisi dalam peti ais tu.. jadi aku guna jer ikan kerisi untuk menyediakan hidangan pada kali ini… pernah ke makan ikan kerisi masam manis? x rugi mencuba pun…sedappp! Memandangkan resepi ni ada lah versi mudah dan cepat..so guna jer apa yang ada tanpa perlu ke pasar untuk membeli bahan bahan…heheee
So..apa tunggu lagi…

Apa yang perlu ada:

  • Ikan kerisi *siapa tak tahu ikan kerisi tu macam mana. sila tanya uncle google sekarang*
  • Kunyit hidup
  • Garam
  • Bawang putih (3 ulas) *dihiris*
  • Bawang merah (5 biji) *dihiris*
  • Bawang besar (2 biji) *di potong memanjang. nak carikkan*
  • Halia (sebesar ibu jari) *dihiris*
  • Air
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Tomato *dipotong cantik*
  • Sayur campur

Cara-cara penyediaan:

  • Basuh ikan sambil berselawat. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng ikan dan letak di tepi.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris sampai naik bau.
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Garam secukup rasa. Rasa dulu eh. Tak cukup rasa, pandai-pandai la adjust. 🙂
  • Bila sos dah pekat, rasa pun dah sedap, masukkan sayur campur, tomato yang telah dipotong dan bawang merah yang telah dicarikkan. Kacau dan biar sampai melegak.
  • Tutup api dan tuangkan sos tadi atas ikan. Siap!

Makan panas panas memang sedap tau korang…Resipi nih korang boleh pelbagaikan jugak..Contohnya ikan kerisi tuh korang boleh gantikan dengan ayam ke, telur ke, daging ke..Ikut seleralah kan…Saya memang nak masak ikan kerisi sama macam dalam buku…Lepas nih nak try resipi lain pulak. Selamat mencuba dan memasak dengan penuh kasih sayang buat yang tersayang dan tercinta.

Read More: Kongsi Resipi Ikan Tongkol Goreng Berlada Sedap dan Mantap

Resepi Ikan Kerisi Masam Manis Berperisa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *