Assalamu’alaikum…

Hari ini saya memasak Ikan Kerisi Masak Taucu, dimana ikan kerisi yang saya beli di Morib Hari Rabu lepas. Serius, memang tak pernah tengok ikan kerisi sebesar itu, agaknya sebesar paha budak budak kot. Bila dah dipotong nipis, dapat juga sebesar tangan.

Haa… gitulah besarnya tu. Nyonya tu dok kempen suruh ambik katanya sedap, lembut, cantik dan macam macam lagi. Tu yang saya ambik seekor. Bila dah dipotong dia masih memuji, tengok ni, cantik isinya. Itu yang saya suka bila penjual bercakap pasal produk mereka, yang boleh membantu saya membuat keputusan membeli dengan lebih mudah.

Oleh kerana sejak beberapa hari ini, belum ke dapur sepenuhnya, saya sempat bertanya dengan Pak Cik Google, apa masakan yang sedap untuk dimasak Ikan Kerisi. Jawabnya hahaha Masak Tauchu ler. Jadi balik office tadi terus ke dapur kerana memang dah tak sabar nak memasak Ikan Kerisi Masak Taucu kerana saya belum pernah lagi mencuba masakan ini.

Waah… betul-betul sedap lah isi ikan kerisi yang besar ni, tak tipu nyer… memang sedap sangat sangat. Haaa… macam tu sekali tulis sedap, maknanya betul betul sedap lah tu. Alaa kalau ikan kerisi kecik yang biasa kita beli selebar 3 jari tu pun, dah sedap isinya kan? Putih dan manis jer terutama kalau yang segar. Apalagi yang besar… lembut sangat isinya. Pendek kata masak apa pun sedap kalau ikan yang jenis sedap macam ni. Nanti nak kena cari lagi nih…

Jom kita layan resepi dulu.

Artikel Lain:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kerisi (bersihkan dan gaul garam + serbuk kunyit)
  • 3 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – hiris 1 inci halia – hiris halus
  • 1/2 biji capsicum – potong dadu-tak letak
  • 5-6 cili api di tumbuk-akak tambah
  • 1 biji cili merah – belah 4
  • 1 biji cili hijau – belah
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 labu bawang besar – dadu
  • 3 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil gula garam

Cara memasak:

  • Panaskan minyak dan goreng ikan kembung secara deep fry hingga kekuningan.
  • Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit lebihkurang 4 sudu besar.
  • Tumis bawang besar, cili api tumbuk, bawang putih dan halia.
  • Kacau hingga cili naik minyak, masukkan taucu, air asam jawa, gula dan air.
  • Letak ikan dan biarkan ikan mesra.
  • Tak perlu garam sebab taucu dah masin pun..(terpulang lah). Masukkan cili merah, cili hijau
  • dan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi yang panas pula, Peerrgghh… Sedaaappp!!!

Khasiat Ikan Kerisi:

Ikan kerisi mengandungi ikan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Protein gardens kandungan dan besar-besaran. Vitamin dan aminonya baik seberapa banyak asid. Dimuatkan ke dalam menu diet sihat.

Selamat mencuba dan selamat bersantap… 🙂

Read More: Cara Masak Sambal Ikan Tongkol

Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *