Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kembung Sambal Hijau – Menu malam hari, masak simple je, tapi saya persembahkan sedikit perbezaan dari segi warnanya. hahaha… Biasakan kalau buat sambal mesti nak warne merah, sesekali cube tukar warne biar tak nampak kepedasannya. 🙂 Kalau warne merah menyala walaupun tak pedas tapi orang akan kate sambal tu pedas. Bila dah rase baru la tau, bila kita buat sambal hijau tak nampak pedasnya, tapi bila dah makan baru tau pedas ke tak, itu yang best tu. Tapi ikut selera masing-masing la kan, kalau suka pedas letak la cili padi tapi kalau tak suke cukup sekadar cili besar yang hijau tu je.

Sebenarnya, dulu masa saya sekolah, balik jedari sekolah dah terhidang makanan yang di masak oleh mak tercinta. Masa buka tudung saji, dahi saya berkerut bila tengok ikan masak sambal warne hijau. Tapi saya makan je, bila makan, eh sedapla pulak. Sambil tu saya tanye sedapla mak, macam mana mak masak sambal boleh warne hijau. Mak saya tersenyum sambil menjawab alaa mak guna cabai hijau la. hahaha…

Oohh…saya pun senyum sendiri, dalam fikiran saya kenapala saya boleh tak terfikir macam tu. Boleh pulak saya terfikir yang mak masak sambal tu sampai jadi hijau atau ade bahan tambahan lain. Macam sayur ke yang masukkan, al-maklumla saya ni tak suka makan sayur masa tu, kes takut terkena la. Ahahaha…

Tetibe rase rindu dan teringin nak makan ikan masak sambal hijau, tu yang saya buat tu..pada sesiapa yang cube bolehla kan, mungkin nak cuba kelainan dalam masakan korang..biar berkerut dahi asalkan sedap.

Okey, jom kita skodeng resepi. Senang je, macam kita buat sambal tu.

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 papan petai (diambil isinya- saya tambah)
  • Minyak masak

Bahan-bahan kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili api hijau
  • 2 sdb ikan bilis
  • Sedikit belacan

Cara-cara memasaknya:

  • Ikan dicuci bersih, kelar-kelar sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  • Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan sehingga bawang lembut.
  • Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan barulah diangkat.
  • Siap sedia terhidang.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Resepi Ikan Kembung Sambal Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *