Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kembung Masak Kuali Paling Sedap – Dah makan tengahari dah?? Seperti biasa menu tertunggak lagi resepi ni saya masak 2 hari lalu, so mmg dah selesai semuanyer. hehehe… Resepi macam biasa hasil sekodeng dapur orang. Dapur mas lagi yang jadi mangsa terjahan saya kali ni. Tapi kalu mas guna ikan cencaru, saya guna ikan kembung. Sedap! tau ikan ni.. lembut aje rasa isinyer.. harganyer memang sedikit mahal tapi berbaloi.. sebab sedap!

Masa ambil resepi ni, dan tengok bahan-bahannyer saya rasa macam sama aje resepi ni dengan resepi yang mak saya selalu masak. Tapi saya pangil lauk kerutup. Tak tau lah pulak kalau kat tempat lain di panggil masak kuali. Lauk ni memang sedap dan merupakan favourite saya no 1. Kalau mak saya masak memang saya tak sabar nak makan. Mak saya pun tau saya memang suka sangat lauk ni. Sebab tu setiap kali saya pergi rumah mak, kalau mak masak lauk ni dia pasti akak suruh saya makan. Aduh!! memang sedap sangat.. Cuma bezanyer mak saya tak letak halba. Tapi bila letak halba lagi lah bertambah-tambah sedap! dah lah lauk ni sedap ditambah lagi dengan aromanyer… emmmm… lagi lah terangkat..!! memang pengsan… hihi… Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Seperti apa yang Mas kata lauk ni memang sedap kalau simpan lama lagi lama lagi sedap! selain ikan kita juga boleh masak dengan ayam atau daging.. memang sedap! Kalau ayam memang sekejap aje licin dan saya paling suka kalau ikan kembung atau ikan kerisi.. aduh… dah ngences-ngeces air liur keluar dari celah gusi. Eemmm… Jom layan resepi ni…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1/2kg ikan kembung atau ikan apa-apa yang disuka
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa (pak aji) – optional
  • Sedikit air – jika perlu

Bahan-bahan Kisar:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara-cara Membuat:

  • Ikan yang telah dibersih dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
  • Kemudian goreng sehingga garing dan ketepikan
  • Biarkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama
  • Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • Kemudian masukkan pula air asam jawa dan halba. Kacau rata
  • Jika tumisan agak-agak kering bolehlah ditambahkan sedikit air
  • Selepas itu masukkan santan dan ikan. Gaulkan rata
  • Akhir sekali masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  • Biarkan renih sekejap dan tutupkan api
  • Hidangkan dengan nasi putih dan lauk-lauk yang lain

Note: Lauk ini lebih elok dimakan keesokkan harinya kerana rempahnya akan lebih sebati

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Ikan Kembung Masak Kuali ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu serta rakan-rakan di luar sana. Selamat mencuba dan menjamu selera…

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Goreng Berempah Mudah dan Sedap

Resepi Ikan Kembung Masak Kuali Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *