Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kembung Kukus Halia – Selamat malam semua… Rasanya dah lama sangat tak jumpa mabung/kembung yang besar camni yang buka frozen, yang fresh. Sekali gitu pegi pasar semalam, dapat la ikan ni, terus la pilih punya pilih. Angkut lebih 20 ekor, macam-macam menu terfikir nak buat. Ok hari ni saya rasa macam nak share resepi ikan pulak. Asyik share resepi nak western je kan sekali sekala nak jugak yang melayu sikit.

Apa pun yang pastinya resepi saya try semuanya mudah je bersesuaian untuk orang tak pandai masak macam saya ni. Well papah saya cakap tak pandai masak tak bermakna tayah masak. Try la mula-mula tu kadang-kadang memang la tak sedap tapi kalau nak pandai kena la mula dari bawah. Lagipun tak penah pulak dengar papah kritik teruk-teruk. Dia cakap kalau sedap dia makan lebih kalau tak makan cukup syarat je. Hehe.

Sejak habis belajar ni la saya baru nak start belajar masak. Ape pun thank you uncle google. You’re the best. Nak masak apa semua uncle sedia mengajar. Hahahaaa… Jom, salin resepi bawah ni.

Bahan-bahan Ikan Kembung Kukus Halia:

  • 4 ekor ikan kembung, disiang dan dibasuh
  • 1 tangkai cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 ulas bawang besar*
  • 1 batang serai*
  • 3 cm halia* secubit garam secubit serbuk lada hitam kasar
  • 1 tangkai daun ketumbar*

Cara-cara Membuat Ikan Kembung Kukus Halia:

  • Panaskan pengukus hingga mendidih
  • Hiris semua bahan yang bertanda Susun ikan di atas dulang.
  • Kemudian taburkan bahan hirisan kecuali daun ketumbar.
  • Taburkan garam dan lada hitam Kukuslah hingga masak (dalam 15-20 minit)
  • Taburkan daun ketumbar di atasnya.
  • Angkat dan siap hidangkan.

TRREEENGG!! TARRRAAA!!! Enak bangat dong!!! jangan lupa cicahkan dengan tu.. tu.. Halia di tumbuk bersama bawang putih, lada hitam dan sedikit cuka. Aduhai.. memang syiok!!! must try oke.. Ingat makan dan ratahlah seberapa banyak ikan yang you all nak! dan cuba lupakan sang nasi! Memang berbaloi pengorbanan you all tu nanti… just wait and see..

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Baung

Resepi Ikan Kembung Kukus Halia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *