Assalamu’alaikum…

Salam semua, entri Resepi Ikan Kembong Masak Kicap ini pada pendapat saya bukan satu resipi yang ‘biasa-biasa’, walaupun hakikatnya ia memang masakan biasa-biasa. Menjadi kegemaran setiap peringkat umur, baik tua, muda dan kanak-kanak. saya sendiri antara penggemar menu ikan masak kicap dan saya lebih suka guna ikan yang banyak isi seperti ikan kembong, ikan tenggiri, ikan kerisi, ikan bawal dan ikan pari. Ikan selalunya digoreng, tapi jangan sampai garing.

Pemilihan kicap juga memainkan peranan. Saya seperti biasa, menggunaan kicap lemak manis Jalen, dan ditambah sedikit kicap pekat Jalen. Jika anda suka pedas, boleh masukkan 3-4 biji cili padi yang diketuk. Sedap dimakan bersama nasi panas atau bubur nasi. Resepi ini saya tujukan khas pada anak-anak yang baru ada keinginan nak memasak, walaupun ia hidangan yang boleh dikatakan amat senang dan mudah. Resepi seperti berikut.

Bahan-bahanya:

  • 4 ekor ikan kembong saiz besar
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 1/4 camca teh cuka makan Jalen
  • 1 camca teh kicap pekat Jalen
  • 5 camca besar kicap lemak manis Jalen
  • 1 camca besar sos tiram Jalen
  • 1/2 inci halia – diketuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili hijau – dihiris serong
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • 1/3 camca serbuk lada surah
  • terakhir, hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara Memasak Ikan Kembung:

  • Pertama, ikan kembong disiang dan dicuci sampai bersih.
  • Lepas tu kelar sedikit dan tabur dengan 1/2 camca teh garam dan 1 camca teh serbuk kunyit sampai rata dibadan ikan.
  • Kemudian goreng ikan kembung sampai masak dan tak perlu sampai garing. goreng lembab-lembab sudah memadai. lepas tu angkat dan sisihkan.
  • Langkah berikutnya panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali. tumis bawang putih, halia, bunga lawang, dan kayu manis sampai harum.
  • Selanjutnya masukan sos tiram dan kacau rata. tuang air, masukan cuka makan, kicap lemak manis, dan kicap pekat. kacau dan biarkan mendidih.
  • Masukan ikan bersama bawang besar dan tambahkan hirisan cili merah , serbuk lada surah, cili hijau, dan kacau perlahan. jika anda merasa sudah masak boleh matikan api.
  • Terakhir, taburkan hirisan daun bawang dan ikan kembung masak kicap istimewa siap dihidangkan.

Itu sahaja Resepi Ikan Kembong Masak Kicap. Ingat goreng ikan kembung tidak perlu sampai garing-garing, goreng lembab-lembab pun sudah memadai. Jika anda suka lebih pedas, boleh tambahkan 3-4 biji cili padi yang telah diketuk. Ikan kembung masak kicap ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sesuai untuk anak-anak yang baru berkeinginan nak memasak, kerana boleh dikatakan buatnya senang dan mudah.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Resepi Ikan Bawal Masak Lemak Cili Api

Resepi Ikan Kembong Masak Kicap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *