Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Kembong Goreng Sambal Special Sedap – Semalam saya tak dapat nak bersiaran, ade masalah lagi pada blog saya ni. Dimana picasa album pula dah penuh memenuhi koata. Jadi semalam saya terpaksa mengemaskini blog ni semula. Tupon tak habis lagi, akan disambung lagi hari ni. Semakin bertambah pula kerjanya di blog kesayangan ni. Sedikit pening pon yer jugak, terpaksa klik satu persatu entri yang ade ni untuk diedit semula. Kalau tak kuat semangat boleh fengsannnn dibuatnya. Mood pula mula la tak berapa nak elok jadinya. Hehehe…aduhaiiii…

Buat sementara ni saya terpaksa mendelete sementara sesetengah gambar-gambar yang ade. Huhuhu… Sebelum saya membeli atau menambah koata yang ade ni, sebelum ni saya tak tahu pon ape fungsi picasa album tu, tu yang kadang-kadang tu bubuh gambar sesuka hati banyaknya. Hihihi… Rupanya ade had dan koatanya jugak atau ade cara yang lain ker???… Nanti kongsikan yer dengan saya, lagi jimat lagi bagus. Hehehe…

Ok la jom la ke resepi pula. Kali ni saya nak kongsikan resepi masak-masak pula, dah lama rasanyakan saya tak masak2 memasak dalam blog ni. Memanjang baking membaking aje. hehehe…Resepi kali Sambal Ikan Kembung yer. Kalau ikutkan resepi asal sambal ikan selar kuning, tapi macam biase saya ubah penggunaan ikan tu. Tetiba aje terasa nak sangat makan ikan kembung tu, rasa macam dah lama sangat dah tak makan. Hihihi…

Saya memang suka jenis masakan yang macam ni. Bertambah jugak makan masa ni sedap sangat, dah sendiri masak sendiri makankan. Hahaha…Menu ni memenuhi citarasa kami, cara masakannye pon ringkas saje. Jadi pada sesiapa yang teringin jugak tu, boleh la mencubanya pula yer. Terima kasih banyak-banyak. Jom tengok bahan-bahannya yer…

Baca Juga: 

Bahan-bahannya:

  • 3 ekor ikan kembong saiz besar, siang, cuci bersi dan kelar2 sedikit*
  • 3/4 camca te serbuk kunyit*
  • 1/3 camca teh garam*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 1/2 camca teh pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun limau purut, dimayang halus untuk hiasan (optional)

Bahan tumbuk halus:

  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan

Cara membuatnya:

  • Ikan kembong digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, cukup ikan digoreng lembab-lembab saja. Kalau terlebih goreng nanti ikan jadi keras. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata.
  • Masak dengan api kecil hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih, perasakan dengan sedikit garam dan masukkan ikan.
  • Balik-balikkan ikan dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Masukkan bawang besar dan kacau peralahan.
  • Masukkan sedikit gula dan kacau rata. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi garam atau secukup rasa.
  • Masak sekejap lagi dan matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan tabur hirisan daun limau purut, jika suka.
  • Hidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk lain.

Selamat mencuba:

Read More: Resepi Ikan Masak Sos Plum Sedap dan Ringkas

Resepi Ikan Kembong Goreng Sambal Special Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *