Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Sambal Kicap Sedap – Ni saya malas betul nak masak, tapi perutku dah berkeroncong. Maka masakan yang paling senang, cepat dan sedap dimakan adalah masak kicap, nampak ikan keli kat pasar macam best je klu masak kicap ni. Ada yang geli nak makan tapi saya suka sangat ikan tu, sebab lembut dan sedap la. Nyumm-Nyummm… 🙂

Ada yg kat bau la, hanyir la, tapi saya ok je. hehehe… Biasanye saya cuci ikan tu dengan asam jawa dan tepung beberapa kali baru cuci dengan air bersih. Kemudian baru la letak kunyit dan garam untuk digoreng. klu meletop kena tutup ye kuali tu. Takut nanti berkecah lantai dapur dengan minyak.Hehehe…

Jom, mari kita tengok masakan Ikan Keli Sambal Kicap Sedap bawah ni.

Bahan-bahannya:

  • 5 ekor ikan keli (Ikan lain pun boleh)
  • 2 senduk nasi cili kering kisar
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • 1 labu bawang besar – dipotong gegelang
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 tangkai daun kari – dilurut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara memasak:

  • Ikan dibersihkan dan digaramkunyitkan. Kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  • Gunakan sedikit daripada minyak gorengan untuk menumis. Bila minyak psayas, tumis halia, serai, dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian baru dimasukkan bawang besar dan bawang putih.
  • Tumis sehingga bawang kekuningan kemudian baru dimasukkan cili kering kisar. Masak sehingga cili garing/terbit minyak.
  • Setelah cili garing, masukkan 1 cawan air dan kacau. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, dan kicap. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata dan biarkan kuah sambal mendidih.
  • Setelah kuah mendidih dan rasapun dah ok, bolehlah dimasukkan ikan goreng tadi.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong gegelang dan buah tomato. Kaupbalikkan supaya sambal menyaluti ikan goreng tadi. Cara lain ialah dengan mencurahkan kuah sambal di atas ikan.
  • Semasa menghidang, bolehlah dihiaskan dengan daun sup/daun bawang.

Petua hilangkan hanyir ikan keli:

Saya telah mencuba beberapa petua yang dikongsikan oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat maya di blog masing-masing. Antara yang sering kali saya gunakan ialah petua mak saya sendiri iaitu membasuhnya dengan air bilasan beras.Tetapi sebelum itu saya bersihkan dahulu dengan perahan air limau tak kiralah limau kasturi atau limau nipis, janji limau supaya hilangkan bau hanyirnya.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Kukus Halia Ala Chinese

Resepi Ikan Keli Sambal Kicap Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *