Assalamu’alaikum…

Lebih kurang satu bulan saya tidak singgah di persada Dapur Resepi Masakan Ikan untuk berkongsi resepi. Terasa rindu untuk berceloteh di blog ini tetapi terpaksa dilupakan seketika. Malam ini singgah sebentar untuk berkongsi resepi kegemaran anak-anak yang disediakan untuk makan tengah hari tadi. Suka sangat anak-anak saya hari ini dapat makan ikan keli panggang lada hitam bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi.

Baru puas dimakan dan diratah. So,masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor. Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye…! Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye! Tapi kebiasaannya saya beli lebih. Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan! saya memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda saya tidak makan ikan air tawar, so beliau tidak pernah masak ikan keli dan ikan-ikan air tawar yang lain untuk keluarga.

Selera anak-anak saya banyak ikut ayahnya, tak cerewet macam ibunya dari segi makanan. Sebenarnya saya geli nak pegang ikan keli ni. Mula-mula dulu sampai nak termuntah semasa menyiangnya kerana tidak tahan dengan bau hanyir dan lendirnya. Tetapi demi anak-anak yang memang suka sangat makan ikan keli ini, maka saya cuba juga untuk memasaknya. Dan Alhamdulillah, sekarang ini dah ok.

Kalau dulu harga ikan keli agak murah, tetapi sekarang ini sekilo telah mencecah RM8.00. Di kedai seekor ikan keli goreng berlada dijual dengan harga RM5.00. Mahal kan! Apa yang tak mahal, semua barangan dan makanan mahal sekarang ini. Tak puas anak-anak kita makan kalau kita beli di kedai. Kalau ada enam anak, dah kena spent RM30. untuk sekali makan. Takkan nak beli dua ekor sahaja untuk dikongsi. Lagipun ikan keli ini kalau tidak dicuci dan dibersihkan dengan betul, akan terasa kehanyirannya. saya memang the very cerewet mengenai bab ini. So better masak sendirilah kalau dah cerewet kan…!

Just nak share resepi ringkas ikan keli panggang lada hitam ini dengan pembaca semua. Jom tengok apa specialnya resepi ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan keli – dibersih, rendam dengan air limau kasturi 20-25 minit, cuci lendirnya & toskan
  • 2 biji bawang putih -ditumbuk lumat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil minyak bijan (pilihan)

Cara Membuatnya:

  • Bersihkan ikan keli, toskan.
  • Perapkan ikan keli bersama bahan-bahan lain diatas, kecuali mentega selama 30 minit.
  • Susun ikan keli yang telah berperap tadi didalam pemanggang ajaib.
  • Letakakn mentega diatas ikan keli tersebut secara rambang.
  • Kemudian tutupkan pmanggang ajaib, & bakarlah ikan keli tersebut. Setiap 5 minit, ikan keli tersebut mestilah diterbalikkan. Bakar sehingga ikan keli tersebut elok masaknya, lebih kurang 20-25 minit.
  • Bila ikan keli tersebut telah masak, hidangankan bersama air asam.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Sotong Bakar Sambal Thai Paling Sedap yang Patut Cuba

Resepi Ikan Keli Panggang Lada Hitam Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *