Assalamu’alaikum… Salam Sejahtera Hari Ini…

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Sedap dan Pedas – Saya memang sejak kecil sangat suka dengan ikan keli lembut yang banyak terdapat di sawah sawah padi terutama musim banjir. Terdapat 2 jenis ikan keli sawah iaitu ikan keli lembut yang badannya agak pendek dan bulat diekornya serta badannya berbintik kuning berbanding ikan keli kayu yang agak lonjong dan badan kurang berbintik kuning. Setiap kali balik kampung, ikan keli lembut inilah yang saya cari di Pekan Jelawat. Ikan ini sedap dimasak gulai atau digoreng dengan garam kunyit.

Saya memang tidak suka mengerjakan ikan sungai yang hanyir dan berlendir. Jadi setiap kali beli, saya akan bawa balik untuk dimasak oleh kakak selepas Bonda tidak lagi memasak. Dulu dulu, memang Bondalah yang akan memasak lauk pauk yang saya ingin makan setiap kali balik kampung.

Jika ingin tahu untuk mencuba membuat hidangan ini,, Jom layan resepinya di bawah ini….

Bahan-bahan Ikan Keli Masak Lemak Cili Api:

  • 4 ekor ikan keli – Cuci dengan jus limau nipis untuk hilangkan hanyirnya, kemudian bilas dengan cucuran air pili hingga bersih. Gaul garam kunyit dan bakar/salai hingga masak.
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 helai daun kunyit – disiat-siat
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • 2 kotak kecil air (guna kotak santan yang sama)
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:

  • Segenggam cili api
  • 2 inci kunyit hidup

Cara-cara Buat Ikan Keli Masak Lemak Cili Api:

  • Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga airnya kering.
  • Masukkan santan pekat dan air.
  • Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  • Masak hingga mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah lemak.
  • Bila ikan sudah masak, tutup api dan hidangkan.

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Sedap dan Pedas, lazat sangat sesuai dihidangkan bersama nasi panas atau ketupat. Masakan mempunyai tahap pemakanan yang tinggi, hidangan ini kepunyaan masakan sihat sejak menggunakan bahan-bahan tradisional berkualiti tinggi.

Ulasan resepi keli salai ikan masak lemak Chile kebakaran di atas hanya boleh dibuat sebagai panduan sahaja. Jika anda ingin Kurangkan atau menambah perasa ini, ia adalah bernilai cuba. Oleh kerana hidangan sempurna adalah hidangan yang dibuat mengikut selera anda.

Dengan serta-merta mencipta hidangan di atas untuk keluarga anda yang tercinta. Selamat mencuba yaaa…

Read More: Resepi Sup Ikan Keli Sedap

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Sedap dan Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *