Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas– Menu ni sebenarnya menu hujung minggu lepas baru nak publish. Hehehe… Sebenarnya ikan keli ni ternakan sendiri, dah musim tengkujuh ni ikan laut pun susah nak dapat yang fresh. Yang bestnya tinggal kat daerah ni boleh dapat ikan frest yang baru datang dari laut lagi. Dulu masa masih tinggal kat bandar, susah nak dapat ikan frest. Selalu yang di jual kat market ikan pun yang dah berhari-hari. Dulu kawan-kawan sekerja selalu je kirim ikan frest bila balik hujung minggu. Kadang-kadang kite and first cousin, ujung minggu terus je pegi ke pantai tunggu nelayan balik dari laut. Best, dapat harga murah dan dapat ikan special. Heheehe…

Okey, berbalik ngan cita keli masak asam pedas ni. Sebenarnya kat umah ni kaum lelaki kurang minat sikit ngan asam pedas ni, especially my father and my old brother. Mereka ni lebih minat ngan ikan masak kunyit je, mereka tak suka ngan rasa bunga kantan. kaum pompuan pulak memang minat sangat, termasuklah my husband kira bolehla masuk..cuma, dia tak makan ikan jadi kuah kena banyak la sikit (makan kuah je) cita panjang lebar lah pulak.

Sebenarnya masa nak masak ikan keli ni nak masak kunyit je. Tapi teringat lama dah tak makan masak asam pedas n rasa terliur pulak. Ditambah lagi ada sekuntum dua bunga kantan kat tepi umah baru nak kembang,so semangat sikit le nak masak asam pedas. Memandangkan ada golongan yang tak berapa minat ngan bunga kantan dan daun kesom ni, setelah ikan masak baru dapat taruh bunga kantan ngan daun kesom.

Itupun asingkan dulu yang takde bunga kantan untuk husband (yang tak makan ikan yang di rebus, katanya tak sukangan tulang ikan) and anak-anak gorengkan (yang di goreng tulangnya jadi rangup) je ikan keli tu seketul dua ketul. Resepi nak letak jugak ke? rasanya dah ramai yang tahu macam mana nak masak asam pedas ni. Kongsi je le, untuk renungan di masa akan datang. Mana tahu dah tua nanti lupa pulak cara nak masak. Hehehehe.

Baca Juga:

Bahan-bahannya :

  • Ikan keli sederhana 4 ekor
  • 2 batang serai ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah ditumbuk halus
  • 6 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 potong halia sebesar ibu jari pun ditumbuk kasar
  • Sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkan ke dalam asam pedas)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Sayuran, bendi, terong, tomato jika suka
  • Air
  • Cili giling
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  • Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika)
  • Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan halia dan serai..kemudian masukkan cili giling dan serbuk kunyit,tumiskan sehingga naik bau
  • Kemudian bilas ikan dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis tadi, gaul ikan sebati dengan bahan yang ditumis..masukkan air dan biarkan seketika
  • Masukkan sayur kegemaran. Ikan tak perlu di gaul sangat takut isinya hancur, apabila sudah mereneh masukkan sedikit garam,penambah perisa dan asam jawa secukupnya..
  • Biar selama beberapa minit sehingga ikan masak.
  • Jika rasa dah ok, tutup api. Lalu siap untuk dihidang.

Tips:

  • Asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape-sape yang gatal hidung tu, jangan la letak… kang aku tak tanggung.
  • Kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan… lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu.
  • Lagi pekat, lagi sedap.
  • Menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah.
  • Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan… for sure menjadi la tuh.. hehehe

Pastu gandingkan pulak dengan kangkung goreng, perghhh memang terbaik laa. Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Salmon Gulai Spesial Lazat

Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *