Assalamu’alaikum… Salam Sejahtera… 

Resepi Ikan Keli Goreng Thai Spesial – Dah lama tak tulis pasal resepi kat blog ni kan. Cehhh.. Bajet laa blog aku ni banyak nauu resepinya padahal 2 3 kali je tulis pasal resepi. Selebihnya pasal cinta hati dan perasaan je banyak. Hahaha.. Iiishhh, tapi resepi pun penting jugak hokeyy. Resepi untuk memikat hati suami.. Hihihi.. Tapi aku belum ada suami lagi. Coming soon InsyaAllah ada. Hihihiiii..

Ok. Kali ni aku nak kongsi satu resepi istimewa yang mana resepi ni antara feberet aku jugak laa. Resepi Ikan Keli Goreng Thai atau kami kat Kelantan panggil Ikan Keli masak Paprik. Bukan Paprik yerr. Papik. Seakan sama tapi sedikit berbeza. Hehehe..Mungkin ada yang dah tahu resepi ni tapi aku nak kongsi jugak la dengan korang sebab aku masak sendiri yer. Hehehe.. Aku pun pandai memasak jugak cuma tak layak nak bukak restoran je. Hehhe. Melalut sudah..Jom tengok resepi..

Bahan-bahan Ikan Keli Goreng Thai:

  • Seekor ikan siakap digaramkunyitkan
  • Minyak untuk menggoreng ikan
  • 2 batang serai dititik
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Bahan perasa/garam/gula
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 1 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala – dihiris memanjang
  • 1 biji limau nipis

Bahan-bahan dikisar:

  • 5 biji cili merah
  • 4 – 5 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit air

Cara-cara Membuat Ikan Keli Goreng Thai:

  • Ikan dilumur dengan garam dan kunyit, goreng sehingga warna kekuningan. Ketepikan.
  • Gunakan sedikit minyak gorengan ikan tadi untuk menumis bahan kisar beserta dengan serai yang dititik. Tumis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula, sedikit air, dan bahan perasa. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
  • Selepas itu masukkan air limau nipis, bawang besar, yang dihiris bulat, cili benggala, lobak merah, dan daun limau purut. Masak selama 5 ke 10 minit.
  • Kemudian tuang kuah di atas ikan siakap yang digoreng tadi.
  • Hidangkan bersama nasi panas.

Boleh juga kalau nak tambah sayur dalam masakan seperti kubis bunga , brokoli atau tapi jangan banyak-banyak. Resepi ni simple sangat kan??.. Bagi korang yang tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi dari aku ni. Gerenti sedap.. jangan lupa resepi paling istimewa adalah resepi yang di masak dengan penuh kasih sayang. Selamat mencuba dan semoga sejahtera…

Read More: Kongsi Resepi Ikan Keli Goreng Berlada Sedap

Incoming search terms:

Resepi Ikan Keli Goreng Thai Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *